CHECK BANTUAN MYKAD RM150 TERBARU 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG
Kegunaan MyKad bukan sahaja untuk pengenalan diri, namun kerajaan membolehkan ia digunakan sebagai kad untuk menerima bantuan tunai dan boleh digunakan untuk pembelian secara tanpa tunai (cashless) sama seperti penggunaan kad bank.
Bagaimanakah check bantuan mykad rm150 terbaru? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN B40 RM450 SETIAP BULAN : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
HAD BANTUAN MYKAD TERBARU 2024
Bantuan yang dikreditkan ke dalam Mykad adalah mengikut had setiap kategori penerima iaitu bagi kategori isi rumah dan warga emas akan menerima RM100 dan bagi kategori bujang pula akan menerima RM50 sahaja.
TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKAD TERBARU 2024
Pembayaran bantuan ke dalam MyKad penerima adalah secara berperingkat sepanjang tahun mengikut jadual yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) dan tarikh pembayaran yang terbaru adalah bermula pada 1 Julai 2024 (Isnin).
TEMPOH PENGGUNAAN BANTUAN MYKAD RM150 2024
Setiap penerima yang telah menerima bantuan dalam MyKad pada bulan-bulan yang lepas boleh terus menggunakannya selama tempoh 12 bulan iaitu sah sehingga 31 Disember 2024 (Selasa) dan selepas dari tarikh tersebut penerima tidak boleh menggunakannya lagi.
PREMIS YANG BOLEH DIGUNAKAN BANTUAN MYKAD 2024
Penerima yang disahkan layak boleh menggunakan bantuan dalam Mykad di mana-mana 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), Lulu Supermarket, serta pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran.
CHECK BANTUAN MYKAD RM150 TERBARU 2024
Ikuti cara check bantuan dalam MyKad yang terbaru seperti berikut :
- Sila layari laman sesawang check status Mykad di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Nombor MyKad dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status Mykad penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di sini : https://mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.