PERMOHONAN BANTUAN B40 RM450 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

PERMOHONAN BANTUAN B40 RM450 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

Amaun bantuan yang berjumlah RM450 adalah melalui dua (2) jenis bantuan yang berbeza disalurkan oleh kerajaan pusat dan juga kerajaan negeri khusus untuk rakyat yang berpendapatan rendah (B40) setiap bulan sepanjang tahun.

Bagaimanakah permohonan bantuan b40 rm450 setiap bulan 2024? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN MYKAD RM150 SETIAP BULAN : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

SENARAI JENIS BANTUAN B40 RM450 SETIAP BULAN 2024

Terdapat dua (2) jenis bantuan yang disalurkan untuk B40 setiap bulan, iaitu :

  1. Bantuan Kehidupan Sejahtera :
    • Yang disalurkan oleh kerajaan negeri setiap bulan sebanyak RM300 untuk pembelian barang keperluan asas.
  2. Bantuan Asas Rahmah :
    • Yang disalurkan oleh kerajaan pusat setiap bulan sebanyak RM100 (isi rumah) dan RM50 (bujang) untuk pembelian barang keperluan asas.

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN B40 SETIAP BULAN 2024

Penyaluran bantuan kepada B40 adalah berbeza mengikut kaedah seperti berikut :

  • Bantuan Kehidupan Sejahtera di bawah kerajaan negeri akan disalurkan kepada penerima melalui pengkreditan ke dalam aplikasi Selangkah; dan
  • Bantuan Asas Rahmah di bawah kerajaan pusat akan disalurkan ke dalam akaun yang dibuka berdasarkan nombor kad pengenalan penerima.

KRITERIA KELAYAKAN PEMOHON BANTUAN B40 2024

Untuk memohon bantuan ini, pemohon haruslah menetapi kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Kelayakan Pemohon Bantuan Kehidupan Sejahtera :
    • Warganegara Malaysia;
    • Pemohon adalah suami / isteri;
    • Pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan;
    • Mempunyai tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah;
    • Lahir atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun; dan
    • Merupakan pemilih berdaftar di Selangor.
  • Kelayakan Pemohon Bantuan Asas Rahmah :
    • Warganegara Malaysia;
    • Beralamat atau menetap di Semenanjung Malaysia;
    • Pendapatan bawah RM2,500 sebulan;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

PERMOHONAN BANTUAN B40 RM300 SETIAP BULAN 2024

Ikuti cara permohonan bantuan untuk B40 yang berjumlah RM300 setiap bulan seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Permohonan di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
  2. Pada halaman utama BINGKAS, sila klik pada [Daftar Sekarang].
  3. Kemudian, klik pada butang [Daftar Akaun Selangkah Baru] di bawah.
  4. Masukkan nombor telefon mengikut format, contoh : 0123456789.
  5. Klik butang [Teruskan].
  6. Isikan segala butiran peribadi yang diperlukan dengan betul.
  7. Seterusnya, klik pada butang [Daftar].
  8. Setelah pendaftaran berjaya, sila [Log Masuk] mengikut akaun yang didaftarkan.
  9. Kemudian, tekan butang [Buat Permohonan].
  10. Masukkan segala maklumat peribadi yang diperlukan dan tekan butang [Hantar].
  11. Pada bahagian butiran anak, sila klik [Tambah Anak] untuk mengisi maklumat tentang anak dan tekan [Hantar].
  12. Tandakan pada kotak yang berkenaan dan tekan butang [Hantar].
  13. Klik [Choose File] untuk memuat naik dokumen yang diperlukan (mengikut format jpeg. dan pdf) dan tekan [Hantar].
  14. Tandakan pada kotak persetujuan [/].
  15. Seterusnya, klik butang [Hantar].
  16. ‘Permohonan telah berjaya’.
  17. Selesai.

*Nota : Apabila permohonan telah berjaya, pemohon perlu memuat turun aplikasi ‘Selangkah’ dan mengaktifkan akaun e-Wallet.

PERMOHONAN BANTUAN B40 RM150 SETIAP BULAN 2024

Ikuti cara permohonan bantuan untuk B40 yang berjumlah RM100 dan RM50 setiap bulan seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi Permohonan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, klik butang [Permohonan Baharu].
  3. Lengkapkan Maklumat Pemohon.
  4. Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  5. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  6. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan sila tick [/] butang berikut.
  7. Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  8. Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
  9. Selesai.

*Nota : Pemohon juga perlu mendaftar e-Kasih dengan menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah atau menerusi talian e-Kasih mengikut negeri.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS & SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/soalan-lazim & https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

2 thoughts on “PERMOHONAN BANTUAN B40 RM450 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG”

Leave a Comment