PERMOHONAN TERBARU BANTUAN MYKAD B40 RM450 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
Sumbangan terbaru bantuan setiap bulan adalah terhad diberikan kepada rakyat yang terdiri daripada kumpulan B40 yang berpendapatan rendah. Ia diberikan untuk membantu meringankan bebanan rakyat dalam menghadapi isu peningkatan kos sara hidup.
Bagaimanakah permohonan terbaru bantuan mykad b40 rm450 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI DALAM MYKAD RM300 SETIAP BULAN : CHECK STATUS SEKARANG
PENGENALAN BANTUAN TERBARU B40 RM450 SETIAP BULAN 2024
Bantuan terbaru yang disalurkan adalah daripada dua (2) gabungan bantuan iaitu Bantuan Asas Rahmah (SARA) dirangka di bawah Kerajaan Pusat dan Bantuan kehidupa Sejahtera (BINGKAS) di bawah Kerajaan Negeri Selangor disasarkan khas untuk membantu golongan B40.
CARA PENERIMAAN BANTUAN B40 RM450 SETIAP BULAN 2024
Penerimaan bantuan setiap bulan adalah melalui dua (2) cara, iaitu :
- Penerima Bantuan Asas Rahmah (SARA) akan menerima bantuan secara tanpa tunai melalui MyKad; dan
- Penerima Bantuan Kehidupan Sejahtera (BINGKAS) akan menerima bantuan secara tanpa tunai melalui akaun e-Wallet.
JUMLAH AGIHAN TERBARU BANTUAN B40 SETIAP BULAN 2024
Berikut merupakan jumlah agihan bantuan yang terbaru untuk B40 setiap bulan :
JENIS BANTUAN | JUMLAH AGIHAN | CARA PENERIMAAN |
---|---|---|
Bantuan Asas Rahmah (SARA) | RM100 (isi rumah) RM50 (bujang) | Melalui MyKad |
Bantuan Kehidupan Sejahtera (BINGKAS) | RM300 | Melalui e-Wallet |
PERMOHONAN TERBARU BANTUAN MYKAD B40 RM450 SETIAP BULAN 2024
Ikuti cara permohonan yang terbaru melalui dua (2) pautan portal rasmi yang berbeza seperti berikut :
- Pautan Portal Rasmi Permohonan Bantuan Asas Rahmah (SARA) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Sila klik pada pautan rasmi di atas.
- Kemudian, klik butang [Permohonan Baharu].
- Lengkapkan Maklumat Pemohon.
- Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Sila pastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan sila tick [/] butang berikut.
- Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
- Selesai.
*Nota : Setelah permohonan berjaya dibuat, pemohon perlu mendaftar dengan e-Kasih.
- Pautan Portal Rasmi Permohonan Bantuan Kehidupan Sejahtera (BINGKAS) : https://www.bingkasselangor.com/.
- Sila klik pada pautan rasmi di atas.
- Pada halaman utama BINGKAS, sila klik pada [Daftar Sekarang].
- Kemudian, klik pada butang [Daftar Akaun Selangkah Baru] di bawah.
- Masukkan nombor telefon mengikut format, contoh : 0123456789.
- Klik butang [Teruskan].
- Isikan segala butiran peribadi yang diperlukan dengan betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Daftar].
- Setelah pendaftaran berjaya, sila [Log Masuk] mengikut akaun yang didaftarkan.
- Kemudian, tekan butang [Buat Permohonan].
- Masukkan segala maklumat peribadi yang diperlukan dan tekan butang [Hantar].
- Pada bahagian butiran anak, sila klik [Tambah Anak] untuk mengisi maklumat tentang anak dan tekan [Hantar].
- Tandakan pada kotak yang berkenaan dan tekan butang [Hantar].
- Klik [Choose File] untuk memuat naik dokumen yang diperlukan (mengikut format jpeg. dan pdf) dan tekan [Hantar].
- Tandakan pada kotak persetujuan [/].
- Seterusnya, klik butang [Hantar].
- ‘Permohonan telah berjaya’.
- Selesai.
*Nota : Pemohon perlu memuat turun aplikasi Selangkah dan mengaktifkan akaun e-Wallet.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA & BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian SARA : 03 7720 1800
- Talian BINGKAS : 1800 22 6600
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/ & https://www.bingkasselangor.com/soalan-lazim.