MY KASIH SEMAKAN STATUS BANTUAN RM1200 2024 : CHECK SEKARANG
Peruntukan bantuan telah dinaikkan sebanyak RM1,200 berbanding sebelum ini hanya RM600 dan juga diperluaskan pemberian kepada lebih 700,000 penerima yang layak. Bantuan yang diperkenalkan ini dibawah program MyKasih iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Bagaimanakah Mykasih semakan status bantuan rm1200 2024? Ikuti info lanjut di sini.
BACA JUGA : MY KASIH CHECK STATUS BANTUAN TUNAI RM1200 : SEMAK SEKARANG
SYARAT KELAYAKAN MY KASIH BANTUAN RM1200
Kerajaan telah menetapkan syarat-syarat kelayakan untuk penerima bantuan RM1,200 ini adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM);
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
MY KASIH KAEDAH KREDIT BANTUAN RM1200
Peruntukan adalah sebanyak RM1,200 namun akan dikreditkan setiap bulan sebanyak RM100 selama 12 bulan (1 tahun). Bantuan ini akan dikreditkan terus ke dalam Mykad penerima yang layak dan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan di kedai-kedai atau pasaraya terpilih dengan hanya membayar menggunakan MyKad sahaja (cashless).
MY KASIH SEMAKAN SENARAI BANTUAN
Berikut adalah 10 senarai bantuan keperluan asas yang boleh dibeli dengan menggunakan bantuan MyKasih :
- Beras;
- Roti;
- Telur;
- Minyak masak;
- Tepung;
- Biskut;
- Mee segera;
- Minuman;
- Makanan dalam tin; dan
- Bahan perasa.
*Untuk maklumat lanjut dan lebih terperinci, sila rujuk di sini : https://www.mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.
MY KASIH SEMAKAN STATUS BANTUAN
Anda boleh membuat semakan status bantuan RM1,200 pada portal rasmi MyKasih seperti di bawah berikut :
PAUTAN PORTAL RASMI MYKASIH |
---|
https://www.mykasih.com.my/ |
- Sila layari pautan Portal Rasmi MyKasih di atas.
- Pada halaman MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS] SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA).
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala yang kami kongsikan di atas adalah berdasarkan Portal Rasmi MyKasih. Pihak kami hanya sekadar berkongsi berkaitan bantuan di atas sahaja untuk memudahkan anda membuat carian. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/contact-us/ Semoga bermanfaat, terima kasih.