MY KASIH CHECK STATUS BANTUAN TUNAI RM1200 2024 : SEMAK SEKARANG

MY KASIH CHECK STATUS BANTUAN TUNAI RM1200 2024 : SEMAK SEKARANG

Bantuan tunai yang disalurkan di bawah Program MyKasih bagi tahun 2024, yang telah di bentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim akan diteruskan dan dinaikkan kadar sebanyak RM1,200 untuk membantu golongan miskin tegar supaya dapat meringankan bebanan kos sara hidup.

Bagaimanakah my kasih check status bantuan tunai rm1200 2024? Ikuti info lanjut di sini.

BACA JUGA : E KASIH SEMAKAN STATUS BANTUAN RM1200 : CHECK SEKARANG

APA ITU MY KASIH

MyKasih Foundation adalah organisasi NGO tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat dan isterinya Puan Sri Jean dengan misi untuk membantu keluarga dan pelajar miskin.

APA ITU BANTUAN TUNAI RM1200 2024

Bantuan tunai RM1,200 ialah bantuan tunai tambahan kepada penerima Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) yang merupakan penerima berstatus miskin dan miskin tegar mengikut data eKasih dan JKM. Bantuan ini adalah khas untuk membeli barangan keperluan asas dapur setiap bulan dengan hanya menggunakan MyKad sahaja.

APAKAH SYARAT KELAYAKAN PENERIMA

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan bantuan yang disalurkan melalui MyKasih sebanyak RM1,200 adalah seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM);
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

BAGAIMANAKAH CARA BAYARAN BANTUAN TUNAI RM1200 2024

Cara bayaran bantuan tunai RM1,200 adalah seperti di bawah berikut :

CARA BAYARAN BANTUAN TUNAI RM1200
Akan dikreditkan ke dalam Mykad penerima setiap bulan sebanyak
RM100 selama tempoh 12 bulan.

BILAKAH BAYARAN BANTUAN TUNAI RM1200 2024

Tarikh bayaran Bantuan Tunai RM1,200 adalah seperti berikut :

TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI RM1200
Bantuan ini dijangka akan dibayar bermula seawal bulan Januari 2024
setiap bulan sehingga Disember 2024
*Tarikh rasmi akan diumumkan oleh Perdana Menteri tidak lama lagi.

MY KASIH CHECK STATUS BANTUAN TUNAI RM1200 2024

Berikut adalah cara check status Bantuan Tunai RM1,200 pada Portal Rasmi MyKasih :

PAUTAN PORTAL RASMI MYKASIH
https://www.mykasih.com.my/
  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di atas.
  2. Kemudian, klik pada SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Tekan butang [Semak Status].
  7. Status anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Segala yang kami kongsikan di atas adalah berdasarkan Portal Rasmi eKasih dan MyKasih. Pihak kami hanya sekadar berkongsi berkaitan bantuan di atas sahaja untuk memudahkan anda membuat carian. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/contact-us/ Semoga bermanfaat, terima kasih.

Leave a Comment