SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA RAHMAH RM1200 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA RAHMAH RM1200 2024 : CHECK SEKARANG

Pelbagai bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan kepada rakyat bagi tahun 2024, antaranya ialah bantuan sara rahmah yang merupakan bantuan tambahan kepada penerima bantuan tunai rahmah. Tujuan bantuan ini diberikan adalah untuk membantu menampung perbelanjaan setiap bulan.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan sara rahmah rm1200? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : MY KASIH SEMAKAN STATUS BANTUAN RM1200 : CHECK SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN SARA RAHMAH

Bantuan Sara Rahmah atau nama rasminya ialah Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Ia merupakan bantuan tanpa tunai yang dikreditkan ke dalam MyKad (Kad pengenalan) penerima yang layak untuk membeli barangan keperluan asas dapur (mengikut 10 kategori yang diluluskan) di kedai atau pasaraya yang berdaftar dengan bantuan ini.

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA RAHMAH

Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, bantuan Sara Rahmah akan dikreditkan setiap bulan sebanyak RM100 selama tempoh 12 bulan seperti tarikh berikut :

TARIKH BAYARANJUMLAH
00 Januari 2024RM100
00 Februari 2024RM100
00 Mac 2024RM100
00 April 2024RM100
00 Mei 2024RM100
00 Jun 2024RM100
00 Julai 2024RM100
00 Ogos 2024RM100
00 September 2024RM100
00 Oktober 2024RM100
00 November 2024RM100
00 Disember 2024RM100
*Tarikh adalah mengikut pindaan dari semasa ke semasa (akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi nanti).

JUMLAH PENERIMA BANTUAN SARA RAHMAH RM1200

Penerima bantuan Sara Rahmah RM1,200 telah diperluaskan pemberian kepada :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH
PENERIMA
Miskin Tegar0.2j
Miskin0.5j

LANGKAH MENGGUNAKAN BANTUAN SARA RAHMAH

Ikuti langkah-langkah pembelian dengan menggunakan bantuan Sara Rahmah seperti berikut :

  1. Kunjungi kedai yang terpilih berhampiran anda, sila rujuk di sini : SENARAI KEDAI TERPILIH BANTUAN SARA.
  2. Seterusnya, pilih barangan keperluan asas mengikut 10 kategori yang telah ditetapkan. Anda boleh rujuk pada rak tanda harga yang mempunyai label MyKasih di kedai tersebut atau rujuk di sini : SENARAI 10 KATEGORI MAKANAN YANG DILULUSKAN.
  3. Tunjukan MyKad anda di kaunter bayaran untuk juruwang membuat pengesahan penerima bantuan.
  4. Kemudian, juruwang akan mengimbas setiap kod barangan yang anda pilih mengikut kategori yang diluluskan.
  5. Anda perlu memasukan 6 digit PIN MyKad anda untuk pengesahan transaksi pembelian.
  6. Sila simpan resit untuk semakan transaksi pembelian dan nilai baki.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA RAHMAH

Ikuti cara semakan bantuan Sara Rahmah seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Kemudian, klik pada SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Tekan butang [Semak Status].
  7. Status anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/contact-us/. Semoga bermanfaat, terima kasih.

Leave a Comment