CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN SARA RAHMAH RM100 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN SARA RAHMAH RM100 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

Bagi meringankan bebanan kos sara hidup rakyat, Kerajaan menawarkan pelbagai bantuan tunai seperti bantuan sara rahmah yang disalurkan ke dalam MyKad penerima sebanyak RM100 setiap bulan untuk membeli barangan keperluan asas. Hal ini demikian kerana, harga barangan keperluan asas yang semakin tinggi.

Bagaimanakah check nama penerima bantuan sara rahmah rm100 setiap bulan? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA RAHMAH RM1200 : CHECK SEKARANG

SENARAI PENERIMA BANTUAN SARA RAHMAH RM100 SETIAP BULAN 2024

Pemberian bantuan Sara Rahmah diperluaskan kepada lebih ramai penerima yang layak mengikut kategori daripada data penerima bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH PENERIMA
STR Miskin Tegar0.2j penerima
STR Miskin0.5j penerima
STR Isi Rumah (Bukan miskin)1.3j penerima
STR Warga Emas dan Bujang4.3j penerima
*Menurut data daripada eKasih dan JKM (dalam belanjawan 2024).

NILAI BANTUAN SARA RAHMAH

Bantuan Sara Rahmah disalurkan kepada penerima mengikut nilai keseluruhan yang ditetapkan setiap kategori seperti berikut :

KATEGORI PENERIMANILAI BANTUAN
STR Miskin Tegar dan MiskinRM1,200
STR Isi Rumah (Bukan miskin)RM300
STR Warga emas dan BujangRM150

CARA PENGGUNAAN BANTUAN SARA RAHMAH RM100 SETIAP BULAN

Penggunaan bantuan Sara Rahmah RM100 hanya boleh digunakan secara tanpa tunai (cashless) seperti berikut :

BIL.CARA PENGGUNAAN BANTUAN SARA RAHMAH
1.Kunjungi kedai yang terpilih berhampiran anda, sila rujuk di sini :
SENARAI KEDAI TERPILIH BANTUAN SARA.
2.Seterusnya, pilih barangan keperluan asas mengikut 10 kategori
yang telah ditetapkan. Anda boleh rujuk pada rak tanda harga
yang mempunyai label MyKasih di kedai tersebut.
3.Tunjukan MyKad anda kepada juruwang di kaunter bayaran untuk
juruwang membuat pengesahan penerima bantuan.
4.Kemudian, juruwang akan mengimbas setiap kod barangan yang
anda pilih mengikut kategori yang diluluskan.
5.Anda perlu memasukan 6 digit PIN MyKad anda untuk pengesahan
transaksi pembelian.
6.Sila simpan resit untuk semakan transaksi pembelian dan nilai baki.

CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN SARA RAHMAH RM100 SETIAP BULAN 2024

Sila ikuti cara check bantuan Sara Rahmah di Portal Rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih.
  2. Kemudian, klik pada SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Tekan butang [Semak Status].
  7. Status anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/contact-us/. Semoga bermanfaat, terima kasih.

Leave a Comment