SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN WARGA EMAS RM500 2024 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG
Untuk pengetahuan umum, bantuan yang diberikan khas kepada warga emas oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah bertujuan membantu warga emas yang kurang berkemampuan atau terkesan dengan ekonomi untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan warga emas rm500? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK BANTUAN EKASIH RM1200 : SEMAK SEKARANG
KADAR BANTUAN WARGA EMAS 2024
Peruntukan untuk bantuan Warga emas adalah seperti berikut :
KADAR BANTUAN WARGA EMAS 2024 |
---|
RM500 sebulan seorang warga emas |
KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN WARGA EMAS RM500 2024
Hanya warga emas yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat akan dipertimbangkan. Kriteria kelayakan yang ditetapkan dalah seperti berikut :
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
- Warga emas yang bukan tinggal di :
- Institusi kendalian JKM; atau
- Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma;
Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN WARGA EMAS RM500 2024
Untuk semakan status Bantuan Orang Tua / Bantuan Warga Emas boleh dibuat dengan dua (2) kaedah iaitu :
- Dengan menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) di mana permohonan dibuat; atau
- Semakan secara dalam talian melalui Sistem eBantuanJKM.
SEMAKAN BANTUAN WARGA EMAS
- Berikut adalah cara semakan Bantuan Orang Tua / Bantuan Warga Emas dengan menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) seperti :
- Sila layari Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
- Kemudian, klik pada [HUBUNGI KAMI].
- Pilih [Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD)].
- Seterusnya, cari Pejabat Kebajikan Masyarakat di Daerah yang anda pohon.
- Hubungi nombor talian yang tertera.
- Selesai.
- Berikut merupakan cara semakan secara dalam talian Bantuan Orang Tua / Bantuan Warga Emas melalui Sistem eBantuanJKM seperti :
- Sila layari laman sesawang Sistem eBantuan JKM di sini : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp.
- Kemudian, klik pada [Semakan Status Permohonan Talian].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon pada ruang yang disediakan.
- Klik butang [Semak].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala informasi di atas adalah diambil daripada Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini : https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/index&id=YWpnMStLRm1RdzVNUTM1NVpZWnd4dz09. Pihak kami hanya sekadar berkongsi berkaitan bantuan di atas sahaja untuk memudahkan carian anda. Semoga bermanfaat, terima kasih.
Bagaimana dengan golongan oku yang mana individu seperti ini tiada pekerjaan tetap hendak memohon bantuan daripada jkm?
Bantuan warga emas
Tolong bantuan warga emas