CHECK BANTUAN EKASIH RM1200 2024 : SEMAK SEKARANG

CHECK BANTUAN EKASIH RM1200 2024 : SEMAK SEKARANG

Kementerian Kewangan Malaysia mengumumkan bahawa bantuan menerusi data daripada eKasih iaitu khas untuk miskin dan miskin tegar seramai 700,000 penerima yang bakal menerima bantuan sebanyak RM1,200 untuk tahun 2024. Bantuan ini adalah untuk membeli barangan keperluan asas dapur.

Bagaimanakah check bantuan ekasih rm1200? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK BANTUAN RM100 SETIAP BULAN MYKAD : SEMAK SEKARANG

TARIKH BAYARAN

Bantuan RM1,200 akan mula dibayar setiap bulan sebanyak RM100 selama 12 bulan bermula bulan Januari, Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November, dan bayaran akhir pada bulan Disember 2024 (tarikh adalah mengikut pindaan semasa ke semasa, akan diumumkan secara rasmi nanti).

PENERIMA YANG LAYAK BANTUAN EKASIH RM1200 2024

Bantuan sebanyak RM1,200 adalah khas kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus miskin dan miskin tegar. Namun, kerajaan telah memperluaskan pemberian kepada yang bukan miskin / miskin tegar juga iaitu isi rumah asas, warga emas tiada pasangan dan bujang.

NILAI BANTUAN EKASIH 2024

Bantuan yang diberikan kepada penerima miskin dan miskin tegar adalah sebanyak RM1,200 (RM100 setiap bulan selama 12 bulan). Namun, untuk isi rumah asas yang bukan berstatus miskin akan menerima sebanyak RM300. Manakala, untuk warga emas tiada pasangan akan menerima RM150 dan begitu juga untuk golongan bujang bakal menerima RM150.

KEGUNAAN BANTUAN EKASIH RM1200

Bantuan eKasih yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima setiap bulan sebanyak RM100 boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas dapur seperti berikut :

  1. Kunjungi kedai yang terpilih berhampiran anda, sila rujuk di sini : SENARAI KEDAI TERPILIH BANTUAN eKASIH.
  2. Seterusnya, pilih barangan keperluan asas mengikut 10 kategori yang telah ditetapkan. Anda boleh rujuk pada rak tanda harga yang mempunyai label MyKasih di kedai tersebut.
  3. Tunjukan MyKad anda kepada juruwang di kaunter bayaran untuk juruwang membuat pengesahan penerima bantuan.
  4. Kemudian, juruwang akan mengimbas setiap kod barangan yang anda pilih mengikut kategori yang diluluskan.
  5. Anda perlu memasukan 6 digit PIN MyKad anda untuk pengesahan transaksi pembelian.
  6. Sila simpan resit untuk semakan transaksi pembelian dan nilai baki.

CHECK BANTUAN EKASIH RM1200 2024

Untuk check bantuan eKasih, hendaklah melalui Portal Rasmi MyKasih Semakan Status seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih.
  2. Kemudian, klik pada SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Tekan butang [Semak Status].
  7. Status anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/contact-us/. Semoga bermanfaat, terima kasih.

Leave a Comment