SEMAKAN BANTUAN RM100 SETIAP BULAN MYKAD 2024 : CHECK SEKARANG
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima sebanyak RM100 setiap bulan adalah khas untuk membeli barangan keperluan asas barang dapur di kedai-kedai atau pasaraya yang terpilih seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sawarak. Bantuan ini akan diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebagai bantuan tambahan.
Bagaimanakah semakan bantuan rm100 setiap bulan mykad? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM300 PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS : SEMAK SEKARANG
KELAYAKAN BANTUAN RM100 SETIAP BULAN MYKAD 2024
Berikut merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan untuk penerima bantuan RM100 setiap bulan MyKad :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
BILANGAN PENERIMA BANTUAN RM100 SETIAP BULAN MYKAD 2024
Berikut merupakan bilangan penerima Bantuan RM100 setiap bulan mengikut kategori yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan bagi tahun 2024 :
KATEGORI | BILANGAN PENERIMA |
---|---|
STR Miskin Tegar | 0.2j penerima |
STR Miskin | 0.5j penerima |
STR Isi Rumah Asas | 1.3j penerima |
STR Warga Emas dan Bujang | 4.3j penerima |
NILAI BANTUAN KESELURUHAN MENGIKUT KATEGORI
Bantuan keseluruhan adalah berbeza mengikut kategori yang ditetapkan nilai seperti berikut :
KATEGORI | NILAI BANTUAN |
---|---|
STR Miskin Tegar | RM1,200 |
STR Miskin | RM1,200 |
STR Isi Rumah Asas | RM300 |
STR Warga Emas dan Bujang | RM150 |
JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN RM100 SETIAP BULAN MYKAD 2024
Bantuan RM100 setiap bulan akan mula dikreditkan seperti tarikh berikut :
JADUAL BAYARAN BANTUAN |
---|
Jan 2024 |
Feb 2024 |
Mac 2024 |
Apr 2024 |
Mei 2024 |
Jun 2024 |
Jul 2024 |
Ogs 2024 |
Sep 2024 |
Okt 2024 |
Nov 2024 |
Dis 2024 |
SEMAKAN BANTUAN RM100 SETIAP BULAN MYKAD 2024
Untuk semakan bantuan RM100 setiap bulan hendaklah melalui Portal Rasmi Semakan Status seperti berikut :
PAUTAN SEMAKAN STATUS |
---|
https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang= |
- Sila klik pada pautan di atas.
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala yang kami kongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah (SARA)). Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/contact-us/. Semoga bermanfaat, terima kasih.
?
Bagai mana utuk mendataf