CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM300 PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS 2024 : SEMAK SEKARANG

CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM300 PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS 2024 : SEMAK SEKARANG

Untuk makluman umum, seperti yang ditularkan bahawa ‘Bantuan MyKad sebanyak RM300’ adalah palsu. Bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor RM300 adalah dikreditkan ke dalam aplikasi e-Wallet BINGKAS dan bukan dikreditkan ke dalam MyKad penerima.

Bagaimanakah check nama penerima bantuan mykad rm300 pembelian keperluan asas? Ikuti info lanjut di sini.

BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS RM300 SETIAP BULAN : DAFTAR SEKARANG

CARA PENERIMAAN BANTUAN RM300

Berikut merupakan cara penerimaan / bayaran bantuan RM300 kepada penerima yang layak seperti di bawah :

CARA PENERIMAAN BANTUAN RM300
Akan dikreditkan ke dalam aplikasi e-Wallet SELANGKAH (BINGKAS)
sebanyak RM300 setiap bulan.

SENARAI KEPERLUAN ASAS 2024

Hanya senarai di bawah sahaja diluluskan untuk pembelian menggunakan bantuan RM300 :

  1. KEPERLUAN ASAS DAPUR :
    • Beras.
    • Mi dan Bihun.
    • Roti.
    • Biskut.
    • Telur.
    • Gula dan garam.
    • Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya.
    • Tepung.
    • Minyak masak.
    • Ubat-ubatan.
    • Sayur-sayuran dan buah-buahan.
    • Daging ayam, lembu, kambing dan ikan.
    • Produk tenusu (susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis).
  2. KEPERLUAN ASAS LAIN :
    • Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
    • Lampin pakai buang (bayi / dewasa).
  3. KEPERLUAN ASAS PENDIDIKAN :
    • Barangan persekolahan (beg, kasut, buku, alatulis, pakaian seragam, dan sebagainya).
    • Perihal pendidikan (buku-buku ilmiah / akademik).

SENARAI PANEL KEDAI BANTUAN RM300 PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS 2024

Terdapat lebih daripada 1,000 kedai yang berdaftar dengan bantuan ini. Sila rujuk senarai kedai yang berhampiran anda di sini : https://www.bingkasselangor.com/senarai-kedai.

CARA PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS

Ikuti cara pembelian keperluan asas dengan menggunakan bantuan RM300 di sini : https://www.bingkasselangor.com/cara-pembelian.

CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM300 PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS 2024

Untuk check / semakan bantuan RM300 hendaklah disemak di portal rasmi seperti di bawah :

  1. Sila layari Portal Rasmi bingkasselangor.com
  2. Kemudian, pada halaman BINGKAS sila klik pada [Log Masuk].
  3. Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
  4. Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
  5. Pergi ke bahagian semakan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib BINGKAS di sini : https://www.bingkasselangor.com/hubungi-kami. Pihak kami hanya sekadar berkongsi berkaitan bantuan sahaja untuk memudahkan carian anda. Semoga bermanfaat.

1 thought on “CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM300 PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS 2024 : SEMAK SEKARANG”

Leave a Comment