SEMAKAN BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS RM300 SEBULAN 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS RM300 SEBULAN 2024 : CHECK SEKARANG

Khas untuk 30,000 keluarga penduduk di Selangor, bantuan untuk membeli barangan keperluan asas sebanyak RM300 akan dikreditkan setiap bulan ke dalam aplikasi e-Wallet SELANGKAH (BINGKAS) yang merupakan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor. Bantuan ini adalah usaha daripada Kerajaan Negeri Selangor bertujuan menyemarakkan kecekalan keluarga supaya kurang terdedah kepada cabaran ekonomi.

Bagaimanakah semakan bantuan barangan keperluan asas rm300 sebulan? Ikuti info lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN BARANG DAPUR B40 RM1200 : CHECK SEKARANG

KELAYAKAN BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS RM300 SEBULAN

Berikut merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah; dan
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000.00 sebulan.

MANFAAT BANTUAN RM300 SEBULAN

Berikut merupakan manfaat yang dapat daripada bantuan RM300 sebulan (BINGKAS) :

  • e-Wallet BINGKAS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar.
  • Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (e-wallet).
  • RM300 had bulanan pembelian barangan keperluan asas.
  • Baki nilai bagi bulan terdahulu akan dibawa ke bulan hadapan.
  • e-Wallet BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.

SENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS RM300 SEBULAN

Hanya barangan keperluan asas yang disenaraikan sahaja diluluskan untuk pembelian menggunakan bantuan RM300 sebulan. Sila rujuk senarai barangan di sini : https://www.bingkasselangor.com/senarai-barangan.

CARA PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS DENGAN BANTUAN RM300 SEBULAN

Ikuti cara pembelian barangan keperluan asas dengan menggunakan Bantuan RM300 sebulan di sini : https://www.bingkasselangor.com/cara-pembelian.

SEMAKAN BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS RM300 SEBULAN 2024

Ikuti cara semakan bantuan barangan keperluan asas RM300 sebulan pada portal rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi bingkasselangor.com
  2. Kemudian, pada halaman BINGKAS sila klik pada [Log Masuk].
  3. Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
  4. Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
  5. Pergi ke bahagian semakan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala yang kami kongsikan di atas adalah diambil daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib BINGKAS di sini : https://www.bingkasselangor.com/hubungi-kami . Semoga bermanfaat, terima kasih.

Leave a Comment