SEMAKAN BANTUAN PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS RM3600 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS RM3600 2024 : CHECK SEKARANG

Bantuan sebanyak RM3,600 untuk pembelian barangan keperluan asas akan disalurkan selama 12 bulan iaitu RM300 setiap bulan kepada 30,000 penerima yang layak. Bantuan ini disalurkan bertujuan untuk mengurangkan bebanan kos perbelanjaan barangan keperluan asas yang semakin tinggi kini.

Bagaimanakah semakan bantuan pembelian barangan keperluan asas rm3600? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS RM300 SEBULAN : CHECK SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS RM3600 2024

Bantuan pembelian barangan keperluan asas RM3,600 diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor. Bantuan ini memperuntukan sebanyak RM3,600 setahun iaitu RM300 setiap bulan kepada 30,000 keluarga penduduk Selangor.

SENARAI BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS

Berikut adalah barangan keperluan asas yang diluluskan untuk pembelian dengan bantuan seperti di bawah :

  1. KEPERLUAN ASAS DAPUR :
    • Beras.
    • Mi dan Bihun.
    • Roti.
    • Biskut.
    • Telur.
    • Gula dan garam.
    • Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya.
    • Tepung.
    • Minyak masak.
    • Sayur-sayuran dan buah-buahan.
    • Daging ayam, lembu, kambing dan ikan.
    • Produk tenusu (susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis).
  2. KEPERLUAN ASAS LAIN :
    • Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
    • Lampin pakai buang (bayi / dewasa).
    • Ubat-ubatan.
  3. KEPERLUAN ASAS PENDIDIKAN :
    • Barangan persekolahan (beg, kasut, buku, alatulis, pakaian seragam, dan sebagainya).
    • Perihal pendidikan (buku-buku ilmiah / akademik).

KAEDAH PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS RM3600

  1. Kunjungi kedai yang tersenarai di bawah program BINGKAS; rujuk senarai kedai di sini : https://www.bingkasselangor.com/senarai-kedai.
  2. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan (seperti senarai di atas).
  3. Imbas ID penerima di aplikasi e-Wallet SELANGKAH untuk pengesahan.
  4. Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
  5. Pastikan baki dalam kad maya mencukupi untuk membuat bayaran.
  6. Tekan butang PAY dan pilih akaun BINGKAS untuk membuat pembayaran.
  7. Masukkan pin 6 digit untuk pengesahan dan pengaktifan kod QR bagi tujuan pembayaran.
  8. Juruwang akan mengimbas kod QR untuk menerima bayaran.
  9. Semak baki pada resit pembelian.

SEMAKAN BANTUAN PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS RM3600 2024

Untuk semakan bantuan ini hendaklah disemak pada Portal Rasmi BINGKAS seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi bingkasselangor.com
  2. Kemudian, pada halaman BINGKAS sila klik pada [Log Masuk].
  3. Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
  4. Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
  5. Pergi ke bahagian semakan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala yang kami kongsikan di atas adalah diambil daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib BINGKAS di sini : https://www.bingkasselangor.com/hubungi-kami . Semoga bermanfaat, terima kasih.

Leave a Comment