SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN ROADTAX PERCUMA 2024 : CHECK SEKARANG
Sejak tahun 2022 bantuan Roadtax percuma telah diperkenalkan dan dilaksanakan terus sehingga tahun 2024 ini. Pelan Inisiatif ini adalah diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bertujuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam dan menggalakkan penggunaan kenderaan mesra alam.
Bagaimanakah semakan kelayakan bantuan roadtax percuma 2024? Ikuti info lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS RM3600 : CHECK SEKARANG
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN ROADTAX PERCUMA
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk penerima bantuan Roadtax percuma seperti di bawah :
- Pemohon mestilah mempunyai lesen memandu;
- Individu OKU atau ibu bapa / penjaga atau pasangan telah pun berdaftar di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
- Kenderaan tersebut hendaklah didaftar dan dilesenkan atas individu OKU yang memohon;
- Kenderaan tersebut hendaklah yang telah diubahsuai mengikut kegunaan individu OKU;
- Jika kereta belum diubahsuai, kenderaan mestilah pemasangan tempatan (CKD) dan kereta buatan tempatan sahaja;
- Pengecualian juga buat kepada kenderaan yang didaftarkan kepada ibubapa, penjaga, pasangan individu OKU; dan
- Hanya terpakai untuk 1 kereta dan 1 motor sahaja.
TARIKH PERMOHONAN BANTUAN ROADTAX PERCUMA 2024
Permohonan bantuan roadtaz percuma adalah telah dibuka bermula sejak 15 Mac 2022 sepanjang tahun dan sehingga sekarang 2024 masih dibuka untuk permohonan.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PERMOHONAN BANTUAN ROADTAX PERCUMA
Antara dokumen yang perlu dibawa ketika berurusan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah seperti berikut :
- Salinan asal kad OKU dan salinannya;
- Kad pengenalan beserta salinan;
- Salinan lesen memandu; dan
- Surat wakil dan juga kad pengenalan wakil sekiranya wakil yang hadir ke kaunter.
CARA PERMOHONAN BANTUAN ROADTAX PERCUMA
Pemohon yang memenuhi kelayakan mestilah membuat permohonan di Pejabat Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) berhampiran. *Bagi individu dalam kategori OKU yang pertama kali mendaftar dan sertakan sekali borang permohonan cukai jalan. Muat turun borang di sini :
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi berkiatan bantuan sahaja untuk memudahkan carian anda. Maklumat di atas adalah diambil daripada kenyataan media dan beberapa artikel yang berkaitan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Alamat : Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Aras 3-5, No. 26, Jalan Tun Hussein, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya
- No. Telefon Umum : 03 8000 8000
- No. Faks : 03 8881 0194
- Atau layari Portal Rasmi JPJ : https://www.jpj.gov.my/web/main-site/utama
Banyak bantuan di sediakan oleh Kerajaan Madani. Syabas. Bagi saya Alhamdullillah untuk semua bantuan yang di sediakan. Semoga Kerajaan MADANI dapat diteruskan.
Saya mencadangkan agar Kerajaan Madani dapat buat perubahan menyatukan pemprosesan semua bantuan-bantuan ini di bawah satu jentera Kerajaan untuk kemudahan rakyat B40 yang banyaknya dhaif atau kurang ilmu untuk memohon. Harap di permudahkan. Insyaallah.