CARA DAFTAR ONLINE BANTUAN EKASIH 2024 : MOHON SEKARANG

CARA DAFTAR ONLINE BANTUAN EKASIH 2024 : MOHON SEKARANG

Pelbagai usaha Kerajaan untuk membantu rakyat yang memerlukan terutamanya yang berpendapatan rendah bahkan yang tiada pendapatan tetap. Melalui data yang diterima daripada pengkalan data e-Kasih, Kerajaan dapat mengenalpasti rakyat yang berpendapatan rendah untuk menerima bantuan.

Bagaimanakah cara daftar online bantuan ekasih 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN MYKAD RM1200 : CHECK SEKARANG

APA ITU EKASIH

Ia adalah sistem Bank Data Kemiskinan Nasional​​ yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima.

KEGUNAAN DAFTAR ONLINE BANTUAN EKASIH 2024

  • Membuat semakan status kemiskinan secara online.
  • Menyelaraskan maklumat bantuan.
  • Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online.
  • Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
  • Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan.
  • Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EKASIH

  • Warganegara Malaysia;
  • berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, iaitu kira-kira RM1,500 (bandar) atau RM1,000 (luar bandar) sebulan.

CARA DAFTAR ONLINE BANTUAN EKASIH 2024

Individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN). Individu / orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui :

  • telefon
  • surat
  • e-mel rasmi
  • membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)

PERMOHONAN ONLINE BANTUAN EKASIH 2024

Seperti dimaklumkan, proses pendaftaran dan permohonan baru eKasih 2023 boleh dibuat terus di portal rasmi https://e-kasih.icu.gov.my dan lengkapkan (9) kompenen di bawah :

  1. Butiran KIR dan AIR.
  2. Lokasi.
  3. Kediaman.
  4. Pendidikan.
  5. Kemahiran dan pekerjaan.
  6. Harta.
  7. Kesihatan.
  8. Bantuan.
  9. Pendapatan.

*Data eKasih digunakan oleh agensi pemberi bantuan bagi mengenal pasti mereka yang benar-benar layak berasaskan kepada profil terkini dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.

SENARAI TALIAN PENDAFTARAN BANTUAN EKASIH 2024

Berikut adalah senarai nombor telefon yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran (senarai Nombor Pejabat Pembangunan Negeri PPN) :

  • PPN Perlis : 04-9731976
  • PPN Kedah : 04-7209236
  • PPN P.Pinang : 04-2185700
  • PPN Perak : 05-2497400
  • PPN Selangor : 03-55213600
  • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
  • PPN N.Sembilan : 06-7659945
  • PPN Melaka : 06-3333333
  • PPN Johor : 07-2234777
  • PPN Pahang : 09-5178208
  • PPN Terengganu : 09-6272000
  • PPN Kelantan : 09-7455000
  • PPN Sarawak : 082-446582
  • PPN Sabah : 088-484800

*Kelulusan penyaluran bantuan dan tempoh bantuan yang diberikan tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan yang telah ditetapkan mengikut agensi masing-masing.

RUJUKAN

Semua maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal rasmi e-Kasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Ibu pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri
  • Hubungi talian e-Kasih : 03-8000 8000
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.

3 thoughts on “CARA DAFTAR ONLINE BANTUAN EKASIH 2024 : MOHON SEKARANG”

Leave a Comment