SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN BINGKAS RM300 MYKAD UNTUK PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN ASAS 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN BINGKAS RM300 MYKAD UNTUK PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN ASAS 2024 : CHECK SEKARANG

BINGKAS atau Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sebanyak RM300 setiap bulan yang disalurkan ke dalam aplikasi e-Wallet (SELANGKAH) khas untuk pembelian barang keperluan asas di kedai-kedai terpilih. Bantuan BINGKAS adalah terhad kepada 30,000 keluarga penduduk di Selangor.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan bingkas rm300 mykad untuk pembelian barang keperluan asas? Ikuti info selanjutnya di sini.

BACA JUGA : CARA DAFTAR ONLINE BANTUAN EKASIH : MOHON SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN BINGKAS RM300

Dalam Belanjawan yang dibentangkan pada 26 November 2021, Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor ataupun BINGKAS. Menginsafi keperluan untuk meningkatkan kedayatahanan kewangan bagi keluarga-keluarga di Selangor, terutamanya pasca pandemik ngeri COVID-19, BINGKAS akan menyalurkan RM300 setiap bulan kepada 30,000 keluarga penduduk Selangor dan bertujuan menyemarakkan kecekalan keluarga supaya kurang terdedah kepada cabaran ekonomi.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BINGKAS RM300

Berikut merupakn syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk penerima bantuan BINGKAS RM300 sebulan :

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000.00 sebulan;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor.

MANFAAT PENERIMA BANTUAN BINGKAS RM300

  • e-wallet BINGKAS boleh digunakan di kedai dan pasaraya yang berdaftar;
  • Urusniaga dilaksanakan tanpa tunai (hanya perlu scan sahaja);
  • Had bulanan pembelian keperluasan asas sebanyak RM300;
  • Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan; dan
  • e-Wallet BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.

SENARAI BARANG KEPERLUAN ASAS 2024

Hanya senarai barangan di bawah sahaja yang diluluskan untuk pembelian menggunakan bantuan BINGKAS RM300 seperti berikut :

  • Beras.
  • Mi dan Bihun.
  • Roti.
  • Biskut.
  • Telur.
  • Gula dan garam.
  • Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya.
  • Tepung.
  • Minyak masak.
  • Ubat-ubatan.
  • Sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Daging ayam, lembu, kambing dan ikan.
  • Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
  • Lampin pakai buang (bayi / dewasa).
  • Produk tenusu (susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis).
  • Barangan persekolahan (beg, kasut, buku, alatulis, pakaian seragam, dan sebagainya).
  • Perihal pendidikan (buku-buku ilmiah / akademik).

SENARAI KEDAI BERDAFTAR DENGAN BANTUAN BINGKAS RM300

Terdapat lebih daripada 1,000 kedai-kedai seluruh Negeri Selangor yang terlibat (berdaftar) dengan bantuan BINGKAS, rujuk di sini : https://www.bingkasselangor.com/senarai-kedai .

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN BINGKAS RM300 MYKAD UNTUK PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN ASAS 2024

Ikuti cara semakan bantuan RM300 di Portal Rasmi BINGKAS seperti berikut :

  1. Sila layari laman web bingkasselangor.com
  2. Kemudian, pada halaman BINGKAS sila klik pada [Log Masuk].
  3. Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
  4. Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
  5. Pergi ke bahagian semakan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Semua maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/.

Leave a Comment