SEMAKAN SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN BAKUL MAKANAN RM1200 2024 : CHECK SEKARANG
Bantuan yang diberikan oleh kerajaan di bawah program MyKasih dapat sedikit sebanyak membantu rakyat yang kurang kemampuan dengan pemberian sebanyak RM1,200 melalui bakul makanan. Bantuan ini juga telah dinaikkan kadar berbanding sebelum ini hanya berjumlah RM600.
Bagaimanakah semakan senarai nama penerima bantuan bakul makanan rm1200? Ikuti info lanjut di sini.
BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN BAKUL MAKANAN RM100 SETIAP BULAN : DAFTAR SEKARANG
PENGENALAN BANTUAN BAKUL MAKANAN RM1200
Bantuan Bakul Makanan atau rasminya Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sumbangan tambahan RM1,200 kepada penerima STR dalam kategori miskin dan miskin tegar berdasarkan data eKasih. Ia boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan makanan asas di pasaraya dan kedai runcit terpilih seluruh negara dengan menggunakan MyKad.
KATEGORI PENERIMA BANTUAN BAKUL MAKANAN RM1200
Setiap penerima yang dikenal pasti layak akan menerima sumbangan berjumlah RM1,200 seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
Isi Rumah (Kahwin atau Ibu/Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anak) | RM1,200 |
Warga Emas | RM1,200 |
Bujang | RM1,200 |
JUMLAH PENERIMA BANTUAN BAKUL MAKANAN RM1200 2024
Kerajaan telah memperuntukan kepada lebih ramai penerima bantuan bakul makanan bernilai RM1,200 seperti berikut :
JUMLAH PENERIMA |
---|
0.7juta atau 700,000 bakal menerima bantuan bakul makanan yang bernilai RM1,200 |
SENARAI BARANG MAKANAN
Berikut merupakan barang makanan yang diluluskan mengikut 10 kategori seperti di bawah :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mi segera.
- Minuman.
- Makanan dalam tin.
- Bahan perasa.
SEMAKAN SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN BAKUL MAKANAN RM1200 2024
Semakan bantuan bakul makanan ini hendak disemak melalui Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih.
- Kemudian, klik pada SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) [SEMAK STATUS].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Soalan Lazim Sumbangan Asas Rahmah dan juga daripada Ucapan Belanjawan 2024. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Tel : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Email : [email protected]
- Website : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.mykasih.com.my/ dan https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2024/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.