BANTUAN 100 MYKAD 2024 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
Ramai di antara rakyat Malaysia yang belum mengetahui berkaitan bantuan yang disalurkan ke dalam Mykad penerima sebanyak RM100 setiap bulan. Bantuan ini telah diperkenalkan dan dilaksanakan sejak Jun 2023 oleh Perdana Menteri ke-10. Bantuan ini merupakan bantuan tambahan kepada penerima yang layak.
Bagaimanakah semak kelayakan bantuan 100 mykad? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN BAKUL MAKANAN RM100 SEBULAN : SEMAK SEKARANG
PENGENALAN BANTUAN 100 MYKAD
Bantuan 100 Mykad ialah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) iaitu bantuan yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima sebanyak RM100 setiap bulan khas untuk pembelian keperluan asas barang dapur dan pembayaran tanpa tunai (cashless) hanya dengan scan Mykad sahaja di kedai-kedai dan pasaraya terpilih.
SENARAI PENERIMA BANTUAN 100 MYKAD
Bantuan RM100 yang akan disalurkan ke dalam Mykad ini akan diberikan kepada semua lapisan masyarakat yang berpendapatan rendah seperti berikut :
PENERIMA | JUMLAH PENERIMA |
---|---|
Penerima Status Miskin Tegar | 0.2j |
Penerima Status Miskin | 0.5j |
Penerima Status Isi Rumah (Bukan Miskin / Miskin Tegar) | 1.3j |
Penerima Warga Emas & Bujang (Bukan Miskin / Miskin Tegar) | 4.3j |
TARIKH BAYARAN BANTUAN 100 MYKAD
Bantuan RM100 Mykad ini akan disalurkan kepada rakyat sepanjang tempoh 12 bulan (1 tahun) seperti berikut :
BULAN | JUMLAH |
---|---|
Jan 2024 | RM100 |
Feb 2024 | RM100 |
Mac 2024 | RM100 |
Apr 2024 | RM100 |
Mei 2024 | RM100 |
Jun 2024 | RM100 |
Jul 2024 | RM100 |
Ogs 2024 | RM100 |
Sep 2024 | RM100 |
Okt 2024 | RM100 |
Nov 2024 | RM100 |
Dis 2024 | RM100 |
BANTUAN 100 MYKAD 2024
Ikuti cara semak kelayakan bantuan RM100 Mykad di Portal rasmi seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih.
- Kemudian, pada halaman MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih dan juga daripada Ucapan Belanjawan 2024. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Tel : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Email : [email protected]
- Website : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.mykasih.com.my/ dan https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2024/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.
Knp saya tak layak???
Check kelayakan bantuan rm100, setiap bulan melalui MyKad
saya Mohon secara manual tapi Semarang tiada dalam rekod,rasa kesal hati
Penerima str cek status my kasih tidak ada maklumat
Semak status tiada dalam rekod..