CHECK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN 100 MADANI 2024 : SEMAK SEKARANG

CHECK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN 100 MADANI 2024 : SEMAK SEKARANG

Kerajaan Madani yang diterujui oleh Perdana Menteri yang ke-10 menawarkan pelbagai bantuan untuk rakyat yang memerlukan terutamanya yang berpendapatan rendah. Oleh kerana kos sara hidup yang semakin mencabar, Kerajaan menawarkan bantuan sebanyak RM100 setiap bulan untuk menampung perbelanjaan keperluan asas.

Bagaimanakah check senarai nama penerima bantuan 100 madani? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN RM300 SETIAP BULAN SECARA AUTOMATIK : SEMAK SEKARANG

APA ITU BANTUAN 100 MADANI

Bantuan RM100 MADANI ialah merupakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) iaitu bantuan untuk menampung pembelian barangan keperluan asas dapur setiap bulan yang juga merupakan bantuan wang tambahan kepada penerima Bantuan STR.

BAGAIMANAKAH CARA PENERIMAAN BANTUAN 100 MADANI 2024

Bantuan RM100 MADANI akan dikreditkan ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima setiap bulan untuk dibelanjakan di kedai-kedai atau pasaraya yang terpilih seluruh Malaysia dan pembayaran hanya secara tanpa tunai (Cashless) menggunakan Mykad sahaja.

BILAKAH BANTUAN 100 MADANI DIKREDITKAN

Menurut apa yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, Bantuan RM100 ini akan mula dikreditkan bermula bulan Januari 2024, dan seterusnya setiap bulan selama 12 bulan sehingga akhir bulan Disember 2024.

SIAPAKAH LAYAK MENERIMA BANTUAN 100 MADANI 2024

Pemberian bantuan RM100 ini telah diperluaskan kepada lebih ramai penerima menurut data daripada eKasih dan JKM yang diambil daripada data penerima Bantuan STR seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Bantuan STR (berstatus lulus) dari pelbagai kategori Isi rumah, Bujang dan Warga Emas.

BAGAIMANAKAH CARA MENGGUNAKAN BANTUAN 100 MADANI

Berikut merupakan cara pembelian barang keperluan dengan menggunakan bantuan RM100 MADANI :

  1. Pilih kedai yang terpilih berhampiran anda, sila rujuk di sini : SENARAI KEDAI TERPILIH MYKASIH.
  2. Seterusnya, pilih barangan keperluan asas mengikut 10 kategori yang telah ditetapkan. Anda boleh rujuk pada rak tanda harga yang mempunyai label MyKasih di kedai tersebut.
  3. Tunjukan MyKad anda di kaunter bayaran untuk juruwang membuat pengesahan penerima bantuan.
  4. Kemudian, juruwang akan mengimbas setiap kod barangan yang anda pilih mengikut kategori yang diluluskan.
  5. Anda perlu memasukan 6 digit PIN MyKad anda untuk pengesahan transaksi pembelian.
  6. Sila simpan resit untuk semakan transaksi pembelian dan nilai baki.

CHECK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN 100 MADANI 2024

Ikuti cara check bantuan RM100 Madani di Portal Rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih.
  2. Kemudian, klik pada SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Tekan butang [Semak Status].
  7. Status anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Semua maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal rasmi MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah (SARA)). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.mykasih.com.my/.

2 thoughts on “CHECK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN 100 MADANI 2024 : SEMAK SEKARANG”

Leave a Comment