SEMAKAN STATUS STR FASA 3 2024 : CHECK BAYARAN ONLINE SEKARANG
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa jumlah penerima akan terus meningkat untuk setiap fasa sejajar dengan permohonan yang dibuka sepanjang tahun kepada lebih 60% rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan rendah.
Bagaimanakah semakan status bayaran online str fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : JUMLAH BANTUAN STR FASA 3 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
BILANGAN PENERIMA STR FASA 3 2024
Berikut merupakan jumlah penerima STR fasa ketiga (3) untuk setiap kelayakan kategori :
KELAYAKAN KATEGORI | BILANGAN PENERIMA |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah | 3.0 juta |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | 1.0 juta |
Warga Emas (Bujang) | 1.2 juta |
Bujang (21 hingga 59 tahun) | 3.3 juta |
JADUAL BAYARAN STR FASA 3 2024
Pembayaran bantuan STR untuk fasa ketiga (3) adalah mengikut jadual seperti berikut :
- Penerima mempunyai akaun bank :
TARIKH BAYARAN | JENIS PENERIMA |
---|---|
29/08/2024 (Khamis) hingga 06/09/2024 (Jumaat) | Penerima sedia ada |
18/09/2024 (Rabu) hingga 20/09/2024 (Jumaat) | Penerima baharu & Penerima rayuan |
- Penerima tiada akaun bank :
TARIKH BAYARAN | JENIS PENERIMA |
---|---|
Bermula 29/08/2024 (Khamis) | Penerima sedia ada |
Bermula 18/09/2024 (Rabu) | Penerima baharu & Penerima rayuan |
KAEDAH BAYARAN STR FASA 3 2024
Pembayaran STR fasa ketiga (3) adalah melalui dua (2) kaedah, iaitu :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan yang mempunyai akaun; atau
- Diberikan secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima yang tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
KADAR AMAUN BAYARAN STR FASA 3 2024
Amaun fasa ketiga (3) di bawah adalah untuk penerima STR yang sedia ada :
KELAYAKAN KATEGORI | KADAR AMAUN BANTUAN STR FASA 3 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah | RM150 hingga RM650 (mengikut bil. anak) |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | RM150 hingga RM300 (mengikut bil. anak) |
Warga Emas (Bujang) | RM150 |
Bujang (21 hingga 59 tahun) | RM50 |
SEMAKAN STATUS STR FASA 3 2024
Ikuti semakan status bayaran online STR fasa tiga (3) seperti berikut :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi MySTR LHDNM | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi MySTR LHDNM di atas.
- Kemudian, isikan ruangan ‘No MyKad’ mengikut format (contoh : 450125115778).
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran penerima fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2024.pdf.