LOGIN ONLINE BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024 : LOG MASUK PORTAL UNTUK SEMAKAN SEKARANG
Portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah dibuka untuk penerima membuat semakan status kelayakan bagi fasa yang ketiga (3). Oleh kerana permohonan yang dibuka sepanjang tahun, bilangan penerima yang baharu akan semakin meningkat dari fasa ke fasa.
Bagaimanakah login online bantuan tunai str fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS STR FASA 3 : CHECK BAYARAN ONLINE SEKARANG
PORTAL LOGIN ONLINE BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024
Berikut adalah portal rasmi STR untuk penerima log masuk (login) secara online :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi Semakan Online MySTR LHDNM | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
CARA SEMAKAN ONLINE BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024
Ikuti cara semakan secara online bantuan tunai STR bagi fasa ketiga (3) seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MySTR di atas.
- Masukkan nombor Mykad tanpa – (contoh : 83XXXXXXXXXX).
- Kemudian, klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran penerima fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH SEMAKAN ONLINE BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024
Siara media Kementerian Kewangan (MOF) telah mengumumkan tarikh penyaluran bantuan tunai STR fasa ketiga (3) akan bermula pada 29 Ogos 2024 (Khamis) sehingga 18 September 2024 (Rabu) dan setiap penerima boleh mula membuat semakan secara online pada tarikh tersebut.
KADAR PENYALURAN BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024
Setiap penerima akan menerima kadar bantuan tunai STR fasa tiga (3) seperti berikut :
- Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah :
- Tiada anak : RM150.
- 1 – 2 anak : RM300.
- 3 – 4 anak : RM500.
- 5 anak ke atas : RM650.
- Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 :
- Tiada anak : RM150.
- 1 – 2 anak : RM200.
- 3 – 4 anak : RM250.
- 5 anak ke atas : RM300.
- Bujang Umur 60 tahun ke atas : RM150.
- Bujang Umur 21 hingga 59 tahun : RM50.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.dagangnews.com/article/85-juta-rakyat-terima-str-fasa-3-sehingga-rm650-bermula-29-ogos-2024-40198.