BANTUAN 300 EWALLET 2024 : SEMAKAN STATUS NAMA PENERIMA SEKARANG

BANTUAN 300 EWALLET 2024 : SEMAKAN STATUS NAMA PENERIMA SEKARANG

Kaedah pengkreditan bantuan tunai ke dalam aplikasi e-Wallet adalah untuk memudahkan rakyat menerima dan menggunakannya dalam pelbagai transaksi pembelian. Lebih 30,000 rakyat telah menerima bantuan bernilai RM300 setiap bulan di dalam aplikasi e-Wallet.

Bagaimanakah semakan status nama penerima bantuan 300 ewallet? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN DAPUR B40 : CHECK SEKARANG

TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN 300 EWALLET

Setiap bulan, Kerajaan Negeri Selangor akan mengkreditkan sebanyak RM300 ke dalam aplikasi e-Wallet penerima yang telah mendaftar mengikut tarikh kelulusan permohonan yang ditetapkan dan penerima akan menerimanya secara automatik setiap bulan.

KEGUNAAN BANTUAN EWALLET 2024

Bantuan tunai yang disalurkan sebanyak RM300 sebulan ke dalam aplikasi e-Wallet hanya boleh digunakan khas untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan sebanyak RM300 di mana-mana kedai yang terpilih dan berdaftar dengan bantuan ini.

Penerima hanya boleh membeli mengikut kategori barangan yang diluluskan sahaja dan perlu mengikut amaun yang ditetapkan setiap bulan. Penerima tidak dibenarkan untuk membuat transaksi pindahan wang ataupun pengeluaran tunai kerana hanya perlu membuat pembayaran tanpa tunai (cashless) sahaja.

KELEBIHAN PENERIMA BANTUAN EWALLET 2024

Berikut merupakan kelebihan-kelebihan yang bakal diperoleh penerima daripada bantuan ini :

  1. Setiap bulan Kerajaan akan menambah nilai RM300 secara automatik ke dalam aplikasi e-Wallet penerima.
  2. Baki yang tidak dihabiskan pada bulan terdahulu akan dibawa ke bulan seterusnya.
  3. Bantuan dalam aplikasi e-Wallet boleh digunakan untuk transaksi pembelian barangan keperluan asas.
  4. Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless) tanpa perlu mengeluarkan tunai.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN 300 EWALLET

Pemberian bantuan RM300 ke dalam aplikasi e-Wallet adalah tertakluk kepada yang memenuhi kelayakan seperti berikut :

  1. Penerima mestilah Warganegara Malaysia sahaja;
  2. Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM3,000 (Golongan B40);
  3. Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan ke bawah;
  4. Lahir di negeri Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun; dan
  5. Merupakan pemilih berdaftar.

BANTUAN 300 EWALLET 2024

Ikuti semakan status penerima bantuan e-Wallet pada pautan rasmi seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan semakan di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
  2. Anda akan dibawa ke halaman BINGKAS.
  3. Kemudian, pada halaman BINGKAS sila klik pada [Log Masuk].
  4. Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
  5. Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
  6. Pergi ke bahagian semakan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Semua maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/.

Leave a Comment