BANTUAN 300 MYKAD 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

BANTUAN 300 MYKAD 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

Bagi membantu lebih ramai rakyat Malaysia di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak, Kerajaan mewujudkan pelbagai inisiatif bantuan yang akan disalurkan bagi tahun 2024 ini termasuk bantuan yang disalurkan menerusi MyKad (Kad Pengenalan) penerima.

Bagaimanakah semak status bantuan 300 mykad? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1 : CHECK SEKARANG

TARIKH PENYALURAN BANTUAN 300 MYKAD

Berikut merupakan tarikh penyaluran Bantuan yang bernilai RM300 kepada penerima yang layak :

TARIKH PENYALURAN BANTUAN 300
Bermula 19 Februari 2024 (Isnin)

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN 300 2024

Penyaluran Bantuan yang bernilai RM300 adalah melalui akaun bank penerima yang berdaftar atau melalui tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sekiranya penerima tiada akaun bank dan bukan disalurkan melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima.

KATEGORI PENERIMA BANTUAN 300 MYKAD

Berikut merupakan kategori penerima mengikut jumlah bantuan yang ditetapkan :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
Isi Rumah :
i. Berpasangan; atau
ii. Ibu bapa tunggal mempunyai anak.
RM600
Warga Emas Tiada PasanganRM600
BujangRM300

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN 300 2024

Berikut merupakan kelayakan yang ditetapkan untuk penerima bantuan ini :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
  • Penerima dari Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

BANTUAN 300 MYKAD 2024

Ikuti cara semakan status penerima Bantuan ini di laman sesawang rasmi seperti berikut :

LAMAN SESAWANG SEMAKAN 1
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila layari laman sesawang Semakan di atas.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.
LAMAN SESAWANG SEMAKAN 2
https://www.mykasih.com.my/
  1. Sila klik pada pautan laman sesawang semakan di atas.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Bantuan Asas Rahmah (SARA). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

1 thought on “BANTUAN 300 MYKAD 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG”

Leave a Comment