BANTUAN AWAL RAMADHAN 500 2024 : MOHON ONLINE SEKARANG

BANTUAN AWAL RAMADHAN 500 2024 : MOHON ONLINE SEKARANG

Kerajaan sebolehnya ingin membantu rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam yang bakal menyambut bulan Ramadhan. Oleh itu, Bantuan Awal Ramadhan akan disalurkan untuk meringankan bebanan serta membantu rakyat menyambut Ramadhan dengan kecukupan.

Bagaimanakah mohon bantuan awal ramadhan secara online? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN AWAL RAMADHAN : CHECK STATUS SEKARANG

SIAPAKAH YANG LAYAK MOHON BANTUAN AWAL RAMADHAN

Sesiapa sahaja yang tergolong dalam golongan fakir, miskin, muallaf, al-gharimin (orang yang berhutang), ibnu sabil, fisabilillah dan ar-riqab. Antaranya orang miskin, berkeluarga atau bujang, yang ditimpa penyakit, peniaga kecil, pemandu teksi dan lain-lain lagi.

APAKAH SYARAT KELAYAKAN BANTUAN AWAL RAMADHAN

Terdapat dua syarat iaitu syarat umum dan khusus. Syarat umum adalah beragama Islam, warganegara Malaysia, menetap di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya setahun dan bergantung kepada pengiraan keperluan asasi dan pendapatan isi rumah (Had al-Kifayah) Syarat khusus pula adalah bergantung kepada bantuan yang dipohon dan berbeza-beza mengikut skim bantuan.

BILAKAH TARIKH AGIHAN BANTUAN AWAL RAMADHAN

Tarikh agihan Bantuan Awal Ramadhan yang bernilai sebanyak RM500 akan mula diagihkan kepada penerima yang disahkan layak bermula pada 12 Mac 2024 (Selasa) yang bersamaan 1 Ramadhan 1445H secara berperingkat. Bantuan ini adalah secara sekaligus (one-off).

BANTUAN AWAL RAMADHAN 500

Untuk memohon, pemohon perlu menghadirkan diri ke pejabat Baitulmal MAIWP berhampiran dengan tempat tinggal atau boleh terus atas talian (online) melalui laman web seperti berikut :

  1. Sila layari laman web MAIWP di sini : https://www.maiwp.gov.my/.
  2. Kemudian klik pada [Bantuan Zakat].
  3. Pilih salah satu bantuan yang ingin dipohon.
  4. Muat turun borang permohonan.
  5. Isikan dan lengkapkan borang permohonan.
  6. Hantar ke pejabat Baitulmal MAIWP berhampiran dengan tempat tinggal anda.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MAIWP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Alamat MAIWP Pusat : Menara MAIWP, No.55, Lorong Haji Hussein 2, 50300 Kuala Lumpur.
  • Talian MAIWP: 03-2639 9000
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.portalinfo.my/terkini-bantuan-awal-ramadhan-rm500-secara-one-off/.

1 thought on “BANTUAN AWAL RAMADHAN 500 2024 : MOHON ONLINE SEKARANG”

Leave a Comment