BANTUAN BARANG DAPUR B40 : JUMLAH & SYARAT KELAYAKAN PENERIMA 2025
Bagi meringankan bebanan sara hidup golongan B40 yang berpendapatan terendah dalam kelompok pendapatan di Malaysia akan disalurkan pelbagai jenis bantuan sepanjang tahun 2025 termasuk Bantuan Barang Dapur yang akan diberikan setiap bulan.
Bagaimanakah semak jumlah & syarat kelayakan penerima bantuan barang dapur? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (FASA 4 SEMAKAN)
JUMLAH BANTUAN BARANG DAPUR B40
Setiap penerima akan menerima Bantuan Barang Dapur mengikut jumlah berikut :
BIL. | KELAYAKAN PENERIMA (Isi Rumah) | JUMLAH BANTUAN |
---|---|---|
1. | Tiada anak | RM100 sebulan sehingga RM900 setahun |
2. | 1 hingga 2 anak | RM100 sebulan sehingga RM900 setahun |
3. | 3 hingga 4 anak | RM100 sebulan sehingga RM900 setahun |
4. | 5 dan ke atas | RM100 sebulan sehingga RM900 setahun |
BIL. | KELAYAKAN PENERIMA (Bujang) | JUMLAH BANTUAN |
---|---|---|
1. | Bujang Belia | RM0 |
2. | Bujang Warga Emas | RM50 sebulan sehingga RM450 setahun |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR
Antara syarat-syarat kelayakan sebagai penerima Bantuan Barang Dapur adalah :
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan isi rumah rendah (B40);
- Berumur 21 tahun dan ke atas;
- Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah 2025;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
CARA BANTUAN BARANG DAPUR DIBERIKAN
Pemberian Bantuan Barang Dapur bukanlah diberikan secara fizikal, namun bantuan akan disalurkan ke dalam akaun yang dibuka berdasarkan nombor kad pengenalan dan penerima boleh memilih barang dapur yang ingin dibeli di mana-mana 600 kedai terpilih seluruh Malaysia.
Pembelian barang dapur perlulah mengikut jumlah yang diberikan setiap bulan iaitu RM50 kepada bujang dan RM100 kepada isi rumah. Sekiranya penerima tidak membeli pada bulan tersebut, baki akan dibawa ke bulan seterusnya.
SENARAI BANTUAN BARANG DAPUR
Berikut merupakan barang-barang dapur yang boleh dipilih daripada bantuan ini :
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2025/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.