BANTUAN BARANG DAPUR 2025 – SEMAKAN KELAYAKAN DAN CARA TEBUS
Kos sara hidup yang semakin meningkat memberi kesan besar kepada rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah.
Untuk membantu mengurangkan beban perbelanjaan harian, kerajaan memperkenalkan Bantuan Barang Dapur 2025, yang diberikan dalam bentuk kredit untuk pembelian barangan asas seperti beras, minyak masak, gula, tepung, dan keperluan harian lain.
Bantuan ini disalurkan melalui kredit bulanan terus ke MyKad penerima yang layak dan boleh digunakan di kedai serta pasar raya terpilih di seluruh Malaysia.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan maklumat lengkap mengenai Bantuan Barang Dapur 2025, termasuk jumlah , cara semakan status, serta panduan menggunakan kredit bantuan ini.
Baca Juga : BANTUAN BUDI MADANI RM200 (CARA MOHON DAN TARIKH BAYARAN)
APA ITU BANTUAN BARANG DAPUR 2025?
Bantuan Barang Dapur 2025 adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar mendapatkan keperluan asas tanpa perlu menggunakan wang tunai.
Bantuan ini diberikan dalam bentuk kredit bulanan yang dikreditkan terus ke MyKad penerima dan boleh digunakan untuk membeli barangan dapur yang dibenarkan di kedai serta pasar raya yang mengambil bahagian dalam program ini.
JUMLAH BANTUAN DAN JADUAL PEMBAYARAN
Jumlah bantuan diberikan mengikut kategori dan tempoh tertentu.
Berikut adalah pecahan bantuan bagi tahun 2025 :
- Januari – Mac 2025 : RM100 sebulan
- April – Disember 2025 : RM200 sebulan
- Jumlah keseluruhan setahun : RM2,100
Bantuan ini diberikan kepada penerima yang layak mengikut syarat yang ditetapkan kerajaan dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai.
SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN BARANG DAPUR 2025
Untuk mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan ini, semakan boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal rasmi.
Cara Semakan :
- Layari portal rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Klik pada butang “Semak Status”.
- Masukkan nombor MyKad tanpa sengkang.
- Isi kod keselamatan yang dipaparkan.
- Klik butang “Semak Status” untuk melihat keputusan.
- Jika layak, maklumat mengenai jumlah kredit dan tarikh penyaluran bantuan akan dipaparkan.
CARA TEBUS BANTUAN BARANG DAPUR 2025
Penerima yang layak boleh menggunakan bantuan ini untuk membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasar raya yang mengambil bahagian.
Langkah penggunaan bantuan :
- Pergi ke pasar raya atau kedai runcit yang menerima MyKasih.
- Pilih barangan asas yang dibenarkan dalam program ini.
- Serahkan MyKad kepada juruwang semasa pembayaran.
- Jumlah bantuan akan ditolak secara automatik daripada kredit yang tersedia dalam MyKad anda.
Penting untuk diingat bahawa bantuan ini hanya boleh digunakan untuk membeli barangan dapur yang telah ditetapkan dan tidak boleh digunakan untuk membeli barang selain daripada kategori yang dibenarkan.
SENARAI KEDAI YANG MENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR
Penerima boleh menggunakan bantuan ini di kedai dan pasar raya terpilih di seluruh negara.
Antara lokasi yang menerima pembayaran melalui MyKad termasuk :
- Mydin
- Lotus’s (Tesco)
- Econsave
- Giant
- Kedai runcit & koperasi terpilih
Senarai lengkap kedai dan pasar raya yang menerima bantuan ini boleh disemak melalui portal rasmi MyKasih.
KESIMPULAN
Bantuan Barang Dapur 2025 adalah satu langkah proaktif kerajaan bagi membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan keperluan asas tanpa membebankan kewangan mereka.
Bantuan ini diberikan dalam bentuk kredit bulanan ke MyKad yang boleh digunakan untuk membeli barangan dapur di kedai terpilih.Bagi memastikan anda tidak terlepas manfaat ini, segera semak status kelayakan anda melalui portal rasmi MyKasih.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Hotline : (603) 7720 1800
- Emel : [email protected]
INFO
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.
Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.