BANTUAN BULANAN RM100 PENERIMA MYKASIH 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

BANTUAN BULANAN RM100 PENERIMA MYKASIH 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

Program bantuan Mykasih yang merupakan bantuan bulanan adalah khusus untuk rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah (B40). Bantuan berjumlah RM100 disalurkan secara ansur setiap bulan dijangka dapat meringankan bebanan yang dihadapi rakyat.

Bagaimanakah semak status bantuan bulanan rm100 penerima mykasih? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN EKASIH RM1200 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

TARIKH PENYALURAN BULANAN BANTUAN RM100 KEPADA PENERIMA MYKASIH

Berikut merupakan tarikh penyaluran bantuan RM100 secara bulanan kepada penerima Mykasih :

  1. Januari 2024
  2. Februari 2024
  3. Mac 2024
  4. April 2024
  5. Mei 2024
  6. Jun 2024
  7. Julai 2024
  8. Ogos 2024
  9. September 2024
  10. Oktober 2024
  11. November 2024
  12. Disember 2024

*Bermula setiap 1 haribulan secara berperingkat.

SENARAI BANTUAN BULANAN RM100 PENERIMA MYKASIH

Penerima Mykasih bantuan RM100 perlu membeli barangan keperluan asas setiap bulan mengikut senarai seperti berikut :

  1. Beras.
  2. Roti.
  3. Telur.
  4. Minyak masak.
  5. Tepung.
  6. Biskut.
  7. Mi segera.
  8. Minuman.
  9. Makanan dalam tin.
  10. Bahan perasa.
  11. Produk kebersihan.
  12. Ubat-ubatan.
  13. Barangan persekolahan.

*Had pembelian hanyalah RM100 setiap bulan. Sekiranya melebihi had, penerima perlu membayarnya.

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH 2024

Berikut merupakan kriteria kelayakan penerima bantuan Mykasih bagi tahun 2024 :

  • Warganegara Malaysia;
  • Beralamat dan menetap di Semenanjung Malaysia (kecuali Sabah dan Sarawak);
  • Had umur 21 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,500;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

BANTUAN BULANAN RM100 PENERIMA MYKASIH 2024

Semakan status penerima bantuan bulanan RM100 perlu disemak melalui portal rasmi Mykasih :

  1. Sila layari portal rasmi Mykasih.
  2. Pada laman rasmi MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Tekan butang [Semak Status].
  7. Status penerima akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment