BANTUAN DALAM MYKAD RM450 PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS TERBARU 2024 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
Dirangka dan direka khas oleh Kerajaan iaitu bantuan dalam MyKad untuk pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai. Namun, ia peruntukan bantuan ini adalah terhad kepada rakyat yang kurang kemampuan dan memerlukan.
Bagaimanakah semak kelayakan bantuan dalam mykad rm450 pembelian keperluan asas terbaru? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD TERBARU RM150 SETIAP BULAN : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
KAEDAH PELAKSANAAN BANTUAN RM450 PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS TERBARU 2024
Pelaksanaan bantuan untuk pembelian barangan keperluan asas adalah mengikut dua (2) kaedah yang berbeza iaitu melalui pengkreditan tanpa tunai ke dalam Mykad dan juga pengkreditan tanpa tunai ke dalam akaun e-Wallet.
SENARAI PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS TERBARU 2024
Berikut merupakan senarai barangan keperluan asas yang diluluskan untuk pembelian dengan bantuan dalam MyKad :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mi segera.
- Minuman.
- Makanan dalam tin.
- Bahan perasa.
- Produk kebersihan.
- Ubat-ubatan.
- Barangan persekolahan.
HAD BANTUAN DALAM MYKAD PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS 2024
Bantuan yang dimasukkan ke dalam MyKad adalah mengikut had setiap penerima seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | HAD BANTUAN |
---|---|
ISI RUMAH | RM100 + RM300 |
WARGA EMAS | RM100 |
BUJANG | RM50 |
CARA PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS TERBARU 2024
Setelah penerima disahkan layak menerima bantuan dalam MyKad mahupun dalam e-Wallet, penerima boleh terus menggunakannya di mana-mana kedai terpilih. Penerima perlu memilih barangan mengikut kelulusan dan pembayaran adalah secara tanpa tunai dengan MyKad (6-digit PIN) atau dengan kod QR dalam aplikasi e-Wallet.
SEMAK KELAYAKAN BANTUAN DALAM MYKAD RM450 PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS TERBARU 2024
Ikuti cara semak kelayakan bantuan dalam Mykad untuk pembelian barangan keperluan asas seperti berikut :
- Cara Semak Kelayakan Bantuan Dalam Mykad 1 :
- Sila layari laman sesawang semakan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara Semak Kelayakan Bantuan Dalam Mykad 2 :
- Sila layari laman sesawang semakan di sini : https://www.bingkasselangor.com/log-masuk#.
- Masukkan nombor telefon tanpa (-) contoh : 0123456789.
- Kemudian, Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan dengan betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySARA & BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan MySARA : 03 7720 1800 / 03 7720 1900
- Talian Bantuan BINGKAS : 1800 22 6600
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/ & https://www.bingkasselangor.com/#pengenalan.