BANTUAN EWALLET 300 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK SEKARANG

BANTUAN EWALLET 300 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK SEKARANG

Manfaat bantuan RM300 setiap bulan yang dikreditkan ke dalam aplikasi e-Wallet adalah diperuntukan kepada 30,000 keluarga yang memenuhi kelayakan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor menerusi Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau BINGKAS.

Bagaimanakah semakan bantuan ewallet 300 setiap bulan? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN B40 : CHECK STATUS SEKARANG

TUJUAN BANTUAN EWALLET 300 SETIAP BULAN

Bantuan e-Wallet RM300 ini disalurkan adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan rakyat dan membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pelajar agar kualiti hidup warga Negeri Selangor dapat terus makmur.

KELAYAKAN BANTUAN EWALLET 300 SETIAP BULAN

Pemberian bantuan e-Wallet RM300 setiap bulan adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Keluarga yang mempunyai anak / tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan;
  • Lahir atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun; dan
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor.

KAEDAH MEMBELI MENGGUNAKAN BANTUAN EWALLET 300

Ikuti kaedah membeli barangan keperluan asas dengan menggunakan bantuan e-Wallet seperti berikut :

  1. Kunjungi kedai yang tersenarai di bawah program BINGKAS.
  2. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan.
  3. Imbas ID penerima di aplikasi SELANGKAH untuk pengesahan.
  4. Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
  5. Pastikan baki dalam kad maya mencukupi untuk membuat bayaran.
  6. Tekan butang PAY pilih akaun BINGKAS dan buat pembayaran.
  7. Masukkan pin 6 digit untuk pengesahan dan pengaktifan kod QR bagi tujuan pembayaran.
  8. Juruwang akan mengimbas kod QR untuk menerima bayaran.

BANTUAN EWALLET 300 SETIAP BULAN 2024

Berikut merupakan cara semakan Bantuan e-Wallet RM300 setiap bulan di Portal Rasmi :

  1. Untuk semakan, klik pada pautan Portal Rasmi BINGKAS di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
  2. Kemudian, pada halaman BINGKAS sila klik pada [Log Masuk].
  3. Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
  4. Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
  5. Pergi ke bahagian semakan.
  6. Selesai.

Nota : anda hanya boleh membuat semakan sekiranya anda telah membuat pendaftaran / permohonan sahaja.

RUJUKAN

Segala yang kami kongsikan di atas adalah berdasarkan Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.bingkasselangor.com/.

7 thoughts on “BANTUAN EWALLET 300 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK SEKARANG”

Leave a Comment