SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN B40 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN B40 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Pelbagai inisiatif bantuan yang diwujudkan oleh Kerajaan untuk membantu golongan B40 secara tunai dan secara bukan tunai iaitu Skim Peduli Kesihatan (PeKa B40) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan b40? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN SARA HIDUP RM100 SETIAP BULAN : DAFTAR SEKARANG

APA ITU BANTUAN B40

Bantuan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD). PeKa B40 ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, dikenali sebagai kumpulan B40.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN B40 2024

Adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pasangan yang berdaftar.
  • Berumur 40 tahun dan ke atas.

MANFAAT PENERIMA BANTUAN B40 2024

Berikut merupakan manfaat yang diperoleh penerima Bantuan B40 (PeKa B40) :

  • Saringan Kesihatan PERCUMA;
  • Bantuan Alat Perubatan sehingga RM20,000 (tertakluk kepada julat harga bagi setiap kategori);
  • Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser sebanyak RM1,000; dan
  • Insentif Tambang Pengangkutan sehingga RM1,000 (khusus untuk penerima Manfaat 2 dan / atau 3).

MANFAAT 1 BANTUAN B40

Penerima perlu menjalani Saringan Kesihatan (Manfaat 1) untuk layak mendapatkan manfaat Bantuan Alat Perubatan (Manfaat 2), Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser (Manfaat 3), dan Insentif Tambang Pengangkutan (Manfaat 4).

Saringan kesihatan boleh dilakukan oleh doktor di mana-mana klinik swasta yang berdaftar dengan PeKa B40. Saringan kesihatan merangkumi :

  • Pengambilan sejarah kesihatan dan penyakit individu dan keluarga termasuk faktor risiko kesihatan.
  • Saringan kesihatan mental.
  • Pemeriksaan fizikal.
  • Pemeriksaan klinikal payudara untuk penerima wanita, dan pemeriksaan klinikal prostat untuk penerima lelaki yang berisiko.
  • Ujian darah dan ujian air kencing.

MANFAAT 2 BANTUAN B40

Manfaat ini melibatkan bantuan peralatan perubatan yang diperlukan dalam prosedur/ rawatan dan tidak diberikan subsidi kos alat di hospital-hospital KKM. Had maksimum sebanyak RM20,000 diberikan dalam bentuk alat perubatan. Manfaat 2 ini merangkumi alat-alat perubatan di dalam kategori berikut :

  • Stent untuk jantung
  • Alat sendi tiruan
  • Alat bantuan pendengaran
  • Perentak jantung
  • Prostesis dan implan untuk tulang belakang
  • Prostesis dan ortosis tulang anggota
  • Kanta mata intraokular
  • Alat terapi pernafasan dan oxygen concentrator
  • Bantuan sokongan nutrisi
  • Kerusi roda

Nota : Saringan Kesihatan (Manfaat 1) perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum penerima PeKa B40 boleh menikmati manfaat ini.

MANFAAT 3 BANTUAN B40

Manfaat 3 ini adalah bertujuan untuk mendorong pesakit kanser, lebih-lebih lagi mereka yang di peringkat awal rawatan dan tahap permulaan penyakit, untuk melengkapkan pelan rawatan mereka seperti mana yang telah dirancang oleh pakar kanser KKM. RM1,000 dibayar kepada pesakit kanser yang melengkapkan rawatan di Hospital KKM. Insentif dipecahkan kepada dua (2) kali :

  • RM300 dibayar setelah penerima memulakan rawatan kanser
  • RM700 dibayar setelah melengkapkan rawatan kanser.

Nota : Pembayaran insentif adalah secara terus kepada penerima PeKa B40 yang layak melalui akaun bank yang telah pun didaftarkan.

MANFAAT 4 BANTUAN B40

Berikut merupakan manfaat yang bertujuan untuk meringankan beban membayar kos pengangkutan apabila penerima mendapatkan rawatan di hospital KKM. Ianya tidak bertujuan untuk merangkumi keseluruhan kos perjalanan. Had maksimum bantuan yang boleh diterima :

  • RM500 untuk Semenanjung Malaysia.
  • RM1,000 untuk Sabah/ Sarawak/ Labuan.

Nota : Jumlah insentif tambang yang akan diberikan adalah tertakluk kepada jarak antara hospital dan rumah penerima dan pada kadar yang telah ditetapkan.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN B40 2024

Ikuti cara semakan Bantuan Skim Peduli Kesihatan (PeKa B40) seperti berikut :

  1. Sila layari laman sesawang PeKa B40; atau klik pada pautan di sini : https://protecthealth.com.my/peka-b40/.
  2. Anda akan dibawah ke halaman utama laman sesawang PeKa B40.
  3. Seterusnya, klik pada [Semak Kelayakan PeKa B40].
  4. Masukkan nombor MyKad pemohon pada ruangan ‘Nombor MyKad’ tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik butang [Semak].
  6. Status kelayakan pemohon akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada laman sesawang PeKa B40. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Alamat : F01 & F02, Level 1, Block 2300, Century Square, Jalan Usahawan, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan.
  • Talian Umum PeKa B40 : +603-8687 2525
  • Alamat E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : file:///C:/Users/user/Downloads/FAQ_PeKa_B40.pdf.

Leave a Comment