BANTUAN EWALLET B40 PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS DAPUR RM300 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK SEKARANG
Untuk mengurangkan bebanan kos pembelian keperluan asas barang dapur adalah sukar untuk kerajaan mengurangkan harga barang. Oleh itu, bantuan tunai akan disalurkan untuk menampung kos pembelian keperluan asas barang dapur dengan kadar sebanyak RM300 setiap bulan.
Bagaimanakah semak bantuan ewallet b40 pembelian keperluan asas dapur rm300 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN TUNAI MYKAD MADANI RM450 SEBULAN : CHECK PENERIMA SEKARANG
NAMA APLIKASI EWALLET UNTUK PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS DAPUR RM300 SETIAP BULAN 2024
Bantuan tunai bernilai RM300 akan dikreditkan setiap bulan ke dalam aplikasi e-Wallet berikut :
NAMA APLIKASI EWALLET UNTUK MENERIMA BANTUAN RM300 SETIAP BULAN |
---|
E-Wallet Selangkah |
CARA PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS DAPUR DENGAN BANTUAN EWALLET RM300 SETIAP BULAN 2024
Bagi penerima yang telah disahkan layak boleh membuat pembelian keperluan asas dapur dengan menggunakan Bantuan e-Wallet seperti berikut :
- Penerima perlu memuat turun aplikasi [SELANGKAH] di dalam telefon bimbit;
- Akaun penerima akan diaktifkan dan amaun bantuan (RM300) akan dimasukan;
- Penerima perlu mengunjungi kedai terpilih yang berdaftar dengan bantuan ini.
- Kemudian, penerima haruslah memilih barangan keperluan asas dapur yang ingin dibeli mengikut kategori kelulusan;
- Pembayaran adalah secara tanpa tunai (cashless) dengan kod QR dalam aplikasi e-Wallet.
- Juruwang akan mengimbasnya dan mengesahkan transaksi;
- Resit baki bayaran akan diberikan.
SENARAI BARANG KEPERLUAN ASAS DAPUR YANG TERPILIH BOLEH DIBELI DENGAN BANTUAN EWALLET
Antara barangan keperluan asas dan barang dapur yang terpilih adalah :
- Beras.
- Mi dan Bihun.
- Roti.
- Biskut.
- Telur.
- Gula dan Garam.
- Rempah ratus, Sos, Kicap dan sebagainya.
- Tepung.
- Minyak masak.
- Sayuran dan buah-buahan.
- Daging ayam, lembu dan, kambing dan ikan.
- Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis.
- Ubat-ubatan
- Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
- Lampin pakai buang.
- Barangan persekolahan – kasut, beg, buku alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya.
- Perihal pendidikan – buku sekolah / akademik.
TEMPOH BANTUAN EWALLET PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS DAPUR DIBERIKAN 2024
Bantuan yang dikreditkan ke dalam akaun e-Wallet penerima adalah setiap bulan selama tempoh 24 bulan atau dua (2) tahun berturut-turut. Namun sekiranya penerima tidak membuat pembelian selama lebih tiga (3) bulan, bantuan ditamatkan dengan serta-merta.
*Nota : Penerima perlu menghabiskan bantuan RM300 setiap bulan kerana baki pada bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan seterusnya.
SEMAK BANTUAN EWALLET B40 PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS DAPUR RM300 SETIAP BULAN 2024
Ikuti cara semakan Bantuan e-Wallet B40 untuk Pembelian Keperluan Asas Dapur seperti berikut :
- Sila klik pada pautan portal semakan di sini : https://bingkasselangor.com/.
- Pada halaman utama, klik pada [Semak Status Permohonan].
- Masukkan nombor telefon tanpa (-) contoh : 0123456789.
- Kemudian, Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan dengan betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi Talian hotline BINGKAS : 1-800-22-6600.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/soalan-lazim.