BANTUAN EWALLET B40 RM300 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG
Seiring dengan kemajuan teknologi yang semakin kreatif, Kerajaan turut mengambil inisiatif dalam penyaluran bantuan tunai melalui aplikasi eWallet kepada golongan yang memerlukan terutamanya B40 (berpendapatan rendah). Bantuan tunai sebanyak RM300 dikreditkan ke dalam aplikasi di dalam telefon bimbit penerima untuk memudahkan penerima menggunakannya.
Bagaimanakah semak nama penerima bantuan eWallet B40 RM300? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CARA MEMOHON BANTUAN MYKAD RM1200 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
APA ITU BANTUAN EWALLET B40
Bantuan eWallet B40 adalah bantuan yang dikreditkan tanpa tunai (cashless) ke dalam aplikasi eWallet khas untuk golongan B40 untuk menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas setiap bulan. Bantuan ini telah diperkenalkan sejak 2021 oleh Kerajaan Negeri Selangor.
BILAKAH TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN EWALLET B40 RM300
Setiap bulan, Kerajaan Negeri Selangor akan mengkreditkan sebanyak RM300 ke dalam aplikasi e-Wallet penerima yang telah mendaftar mengikut tarikh kelulusan permohonan yang ditetapkan dan penerima akan menerimanya secara automatik setiap bulan.
APAKAH MANFAAT BANTUAN EWALLET B40 2024
Berikut merupakan manfaat-manfaat yang diperoleh daripada bantuan ini :
- Bantuan yang disalurkan menerusi aplikasi e-Wallet boleh diguna untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai serta pasaraya berdaftar.
- Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless) tanpa perlu mengeluarkan tunai.
- RM300 had bulanan pembelian barangan keperluan asas.
- Baki nilai bagi bulan terdahulu akan dibawa ke bulan hadapan.
- Bantuan ini akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.
SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN EWALLET B40 RM300
Penerima hendaklah memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti berikut untuk menerima bantuan ini :
- Penerima mestilah Warganegara Malaysia sahaja;
- Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM3,000 (Golongan B40);
- Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan ke bawah;
- Lahir di negeri Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun; dan
- Merupakan pemilih berdaftar.
SEMAKAN BANTUAN EWALLET B40 RM300 2024
Bagaimanapun, semakan kelayakan perlu dibuat melalui laman rasmi seperti berikut :
- Sila klik pada pautan semakan di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
- Pada halaman utama portal, sila klik pada [Log Masuk].
- Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
- Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
- Pergi ke bahagian semakan.
- Selesai.
RUJUKAN
Semua maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan : 1800-22-6600
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/.