BANTUAN EWALLET MADANI 2025 : PERMOHONAN & SEMAKAN KELAYAKAN
Dalam Belanjawan 2024, kerajaan telah memperuntukan sebilangan besar peruntukan khas untuk seramai 10 juta rakyat (golongan B40 dan M40) yang dapat menikmati bantuan tanpa tunai (cashless) melalui aplikasi e-Wallet yang terpilih sebanyak RM100 setiap individu.
Bagaimanakah permohonan dan semakan kelayakan bantuan ewallet madani? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : STR 2025 BUJANG : JUMLAH BANTUAN & KELAYAKAN BAYARAN
APA ITU BANTUAN EWALLET MADANI
Bantuan e-Wallet MADANI atau ringkasnya eMADANI adalah sebuah inisiatif kerajaan yang dikreditkan ke dalam mana-mana aplikasi e-Wallet yang terpilih bagi meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai di samping meringankan bebanan kewangan rakyat.
SENARAI APLIKASI TERPILIH UNTUK MENUNTUT BANTUAN EWALLET MADANI
Terdapat empat (4) aplikasi yang menyediakan perkhidmatan e-Wallet yang terlibat dalam program ini, antaranya ialah :
- MAE Maybank;
- Setel;
- ShopeePay; dan
- Touch ‘n Go eWallet.
KELAYAKAN BANTUAN EWALLET MADANI
Syarat-syarat kelayakan untuk menerima Bantuan e-Wallet Madani adalah :
- Warganegara Malaysia; dan
- Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2024; dan
- Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.
PERMOHONAN BANTUAN EWALLET MADANI 2025
Untuk memohon Bantuan e-Wallet Madani boleh dilakukan melalui mana-mana aplikasi yang dipilih seperti berikut :
- Muat turun aplikasi e-Wallet terlibat di Apple Store atau Google Play dalam telefon bimbit. (Contoh : Touch ‘n Go eWallet).
- Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-Wallet tersebut.
- Aplikasi tersebut akan membuat verifikasi identiti secara elektronik ‘Know-Your-Customer’ (eKYC).
- Pada aplikasi e-Wallet yang dipilih, masukkan maklumat yang diperlukan di halaman tuntutan eMADANI.
- Kemudian klik pada butang [Hantar].
- Selesai.
*Permohonan ini hanyalah pada 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024 sahaja dan akan dimaklumkan sekiranya dibuka kembali.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Kementerian Kewangan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/ms/.