RINGKASAN BELANJAWAN 2025 PDF : DOWNLOAD / MUAT TURUN SEKARANG

RINGKASAN BELANJAWAN 2025 PDF : DOWNLOAD / MUAT TURUN SEKARANG

Persidangan intipati Belanjawan 2025 telahpun selesai dibentangkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 18 Oktober 2024 di Dewan Rakyat. Pelbagai bentuk bantuan yang diperuntukan dengan sebilangan besar peruntukan dana yang telah dipersetujui oleh Kerajaan.

Bagaimanakah ringkasan belanjawan 2025? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN EWALLET MADANI 2025 : PERMOHONAN & SEMAKAN KELAYAKAN

RINGKASAN BELANJAWAN 2025

Antara ringkasan Belanjawan 2025 yang dapat diringkaskan adalah :

  • Pelarasan pencen secara berfasa mengikut kumpulan perkhidmatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM);
  • Lebih RM1.8 billion disediakan bagi membina, menyelenggara dan membaik pulih semua kuarters penjawat awam;
  • Peruntukan sebanyak RM50 juta untuk Penganjuran program-program pemupukan semangat jati diri;
  • Menyediakan RM20 juta untuk ekosistem e-sukan;
  • RM150 juta untuk menyelenggara prasarana pendidikan Islam JAKIM : sekolah pondok, sekolah tahfiz dan sekolah agama rakyat;
  • Sumbangan RM35 juta kepada lebih 70 ribu guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut.
  • RM380 juta untuk Masyarakat Orang Asli;
  • Sejumlah RM10 juta untuk NGO dan JAKOA;
  • OKU dan Warga emas telah dinaikkan kadar bantuan di bawah JKM;
  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR) RM13 billion khas untuk 9 juta rakyat dewasa;
  • Saluran sebanyak RM700 juta untuk program mengawal kos sara hidup;
  • Hampir RM900 juta bagi melaksanakan program PRR dan projek Rumah Mesra Rakyat;
  • FELDA, FELCRA dan RISDA akan menerima RM2.6 billion.

*Dan pelbagai lagi peruntukan bantuan-bantuan khas untuk rakyat, penjawat awam, pelajar sekolah / mahasiswa, usahawan dan banyak lagi yang telah dibentangkan.

DOWNLOAD / MUAT TURUN RINGKASAN BELANJAWAN 2025 PDF

Untuk mengetahui segala isi lengkap berkaitan Belanjawan 2025 yang telah dibentangkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sila download / muat turun PDF di bawah :

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Kementerian Kewangan (MOF). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/ms/.

Leave a Comment