BANTUAN EWALLET MADANI B40 RM450 TERBARU 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

BANTUAN EWALLET MADANI B40 RM450 TERBARU 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

Penggunaan aplikasi e-Wallet kini semakin meluas apabila masyarakat kini mula mengamalkan pembelian secara tanpa tunai (cashless) dengan pembayaran kod QR. Oleh itu, bagi memudahkan rakyat menggunakan bantuan, kerajaan mengkreditkan bantuan ke dalam akaun e-Wallet rakyat.

Bagaimanakah semak status bantuan ewallet madani b40 rm450 terbaru? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK BANTUAN TUNAI MYKAD MADANI RM450 : SEMAK STATUS SEKARANG

APA ITU BANTUAN EWALLET MADANI B40 2024

Bantuan e-Wallet Madani B40 adalah sebuah bantuan tunai yang dikreditkan ke dalam aplikasi e-Wallet (Selangkah) khas kepada rakyat yang berpendapatan rendah (B40) untuk penggunaan / pembelian secara tanpa tunai di mana-mana kedai atau pasaraya terpilih.

BERAPAKAH NILAI BANTUAN EWALLET MADANI B40 2024 DIKREDITKAN

Nilai Bantuan e-Wallet Madani yang dikreditkan ke dalam akaun e-Wallet penerima B40 adalah sebanyak RM300 setiap bulan dan sebanyak RM150 lagi adalah dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam akaun kad pintar (IC) penerima setiap bulan.

BILAKAH TARIKH BANTUAN EWALLET MADANI B40 2024 DIKREDITKAN

Tarikh pengkreditan bantuan tunai ke dalam akaun e-Wallet penerima B40 adalah bermula pada setiap 5 hingga ke 15 hari bulan dengan nilai sebanyak RM300 setiap bulan secara automatik dan setiap 1 hari bulan bantuan tunai dikreditkan ke dalam kad pintar penerima.

DIMANAKAH BANTUAN EWALLET MADANI B40 2024 BOLEH DIGUNAKAN

Penerima yang disahkan layak boleh membuat pembelian barang keperluan yang diinginkan di lebih 265 kedai yang terpilih yang berhampiran dengan kediaman atau rujuk senarai kedai berhampiran pada pautan ini : https://www.bingkasselangor.com/senarai-kedai.

SEMAK STATUS BANTUAN EWALLET MADANI B40 RM450 TERBARU 2024

Ikuti cara semakan status penerima Bantuan eWallet Madani B40 yang terbaru di pautan seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan portal semakan di sini : https://bingkasselangor.com/.
  2. Pada halaman utama, klik pada [Semak Status Permohonan].
  3. Masukkan nombor telefon tanpa (-) contoh : 0123456789.
  4. Kemudian, Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan dengan betul.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status penerima akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS & SARA. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi Talian hotline BINGKAS : 1-800-22-6600 & Talian hotline SARA : (603) 7720 1800.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/soalan-lazim & https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment