BANTUAN EWALLET RM300 TERBARU 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

BANTUAN EWALLET RM300 TERBARU 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

Salah satu inisiatif bantuan yang berkesan adalah bantuan yang dikreditkan menerusi aplikasi eWallet di dalam telefon bimbit penerima. Bantuan ini amat disambut baik oleh penerima kerana memudahkan untuk digunakan terutamanya dalam transaksi pembelian tanpa tunai (cashless).

Bagaimanakah semak status penerima bantuan ewallet rm300 terbaru? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM1200 : SEMAK SEKARANG

KADAR PERUNTUKAN BANTUAN EWALLET TERBARU 2024

Peruntukan bantuan yang dikreditkan ke dalam aplikasi eWallet RM300 setiap bulan bagi tahun 2024 adalah mengikut kadar yang ditetapkan setiap tahun iaitu sebanyak RM108 juta untuk 30,000 penerima dengan nilai RM3,600 setahun.

TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN EWALLET RM300 TERBARU

Pengkreditan bantuan sebanyak RM300 ke dalam aplikasi eWallet penerima yang telah berdaftar adalah mengikut tarikh kelulusan permohonan yang ditetapkan dan penerima akan menerimanya secara automatik setiap bulan dalam aplikasi eWallet.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN EWALLET RM300 TERBARU

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima bantuan eWallet RM300 yang terbaru ditetapkan :

  • Warganegara Malaysia sahaja;
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan (Golongan B40);
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan ke bawah;
  • Lahir di negeri Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun; dan
  • Merupakan pemilih berdaftar.

SEMAK STATUS BANTUAN EWALLET RM300 TERBARU 2024

Ikuti semakan status penerima bantuan eWallet RM300 melalui laman rasmi seperti berikut :

PAUTAN LAMAN RASMI SEMAKAN STATUS
https://www.bingkasselangor.com/
  1. Sila klik pada pautan rasmi semakan status di atas.
  2. Kemudian, pada halaman utama portal, sila klik pada [Log Masuk].
  3. Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi eWallet SELANGKAH.
  4. Seterusnya, masukkan kata laluan yang anda tetapkan dengan betul.
  5. Pergi ke bahagian semakan.
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Semua maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/.

Leave a Comment