MOHON SEKARANG! BANTUAN IPT SARAWAK RM1200 : PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN DAN SYARAT KELAYAKAN
Berita baik untuk anak-anak Sarawak. Kerajaan Negeri Sarawak dengan sukacitanya mengumumkan pembukaan permohonan Bantuan Kewangan Khas (BKK) yang berjumlah RM1,200 setahun, khusus untuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), bermula pada 1 Mei 2025.

Artikel ini akan membimbing anda langkah demi langkah untuk memohon bantuan ini.
Baca Juga : Semakan Bantuan Sara 2025
APA ITU BANTUAN IPT SARAWAK 2025?
Bantuan IPT Sarawak adalah bantuan kewangan tunai sebanyak RM1,200 setahun yang diberikan kepada anak Sarawak yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah di IPTA atau IPTS di seluruh Malaysia. Bantuan ini akan disalurkan melalui Yayasan Sarawak dan akan dibayar terus ke akaun pelajar.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN IPT SARAWAK
Berikut adalah syarat kelayakan utama untuk memohon bantuan ini :
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan merupakan anak jati Sarawak, di mana salah seorang daripada ibu atau bapa berasal dari Sarawak.
- Pemohon sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah.
- Pendapatan per kapita isi rumah tidak melebihi RM1,500.
- Pengajian mesti di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
- Pemohon belum menerima bantuan lain yang serupa daripada kerajaan negeri.
JUMLAH DAN CARA AGIHAN BANTUAN IPT SARAWAK
- Bantuan IPT Sarawak akan disalurkan kepada pelajar yang memenuhi syarat kelayakan sebanyak RM1,200 setahun sebagai bantuan wang saku. Sebanyak RM600 akan disalurkan setiap semester sepanjang tempoh pengajian.
- Sebagai contoh, jika tempoh pengajian adalah empat (4) tahun, bantuan akan diberikan selama empat (4) tahun. Namun, jika pengajian hanya berlangsung selama satu (1) semester, bantuan akan diberikan untuk satu (1) semester sahaja.
Cara Agihan
- Kaedah pembayaran akan dilaksanakan melalui aplikasi e-dompet S PAY Global, yang merupakan platform rasmi pembayaran digital kerajaan negeri Sarawak.
PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN IPT SARAWAK 2025
Sila ikuti panduan permohonan Bantuan IPT Sarawak seperti yang dinyatakan di bawah :
- Daftar akaun Sarawak ID di laman web berikut : https://sarawakid.sarawak.gov.my/web/ssov1/login/ (bagi individu yang belum mempunyai akaun Sarawak ID).
- Buka akaun S Pay Global (sila muat turun aplikasi jika anda belum memilikinya).
- Layari laman web : https://myys.yayasansarawak.org.my/
- Klik pada butang [Login] yang terletak di bahagian atas.
- Masukkan maklumat akaun Sarawak ID yang telah didaftarkan.
- Klik pada butang [Apply].
- Lengkapkan dan muat naik semua dokumen yang diperlukan.
- Muat turun surat pengesahan dan dapatkan pengesahan daripada institusi pendidikan.
- Seterusnya, muat naik semula surat yang telah disahkan dan ditandatangani.
- Sistem My-Yayasan akan menilai permohonan dan kelayakan pelajar.
- Klik butang [Submit] untuk menghantar permohonan bantuan.
- Proses permohonan kini selesai.
Nota : Sekiranya pelajar disahkan sebagai ‘Layak’, maklumat kelayakan akan dimaklumkan melalui e-mel atau Pesanan Ringkas SMS. Pelajar juga boleh membuat semakan di portal rasmi : https://yayasansarawak.org.my/my
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Hotline : 08 244 1686
- Emel : [email protected]
INFO
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.
Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.