UPDATE TERBARU STR FASA 3 2025 TARIKH BAYARAN DIUMUMKAN! INI SENARAI PENERIMA & SEMAKAN ONLINE
Setelah pembayaran STR fasa 2 tempoh hari kini kerajaan meneruskan lagi dengan pembahagian bantuan dengan Fasa 3.
Pada yang tidak tahu,STR merupakan bantuan kewangan yang disalurkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu golongan yang memerlukan.
Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, STR 2025 bertujuan untuk meringankan beban rakyat Malaysia, khususnya mereka yang berada dalam kategori berpendapatan rendah.
Bantuan ini akan dibayar secara berperingkat sepanjang tahun 2025, dengan Fasa 3 dijadualkan pada bulan Ogos 2025.
BACA JUGA DI SINI : MYKASIH CHECK 2025 – SEMAK SEKARANG STATUS BANTUAN ANDA!
TARIKH BAYARAN STR FASA 3
Pembayaran STR Fasa 3 dijadualkan bermula pada bulan Ogos 2025 dan akan dilakukan mengikut bank yang telah ditetapkan.
Jangkaan pembayaran STR FASA 3 pada penghujung Ogos 2025.
Pembayaran ini akan dilakukan secara berperingkat untuk memastikan penerima mendapat bantuan pada masa yang tepat. Berikut adalah jadual anggaran berdasarkan pengalaman lepas:
Nama Bank | Jangkaan Tarikh Masuk |
Bank Simpanan Nasional (BSN) | Hari Pertama |
Maybank / Bank Islam | Hari ke-2 |
RHB / Bank Rakyat | Hari ke-3 |
CIMB / Hong Leong / Ambank | Hari ke-4 |
Affin / Alliance / Agrobank | Hari ke-5 dan seterusnya |
Nota: Jadual pembayaran rasmi akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia atau LHDNM. Pastikan anda menyemak portal rasmi atau media arus perdana untuk mendapatkan maklumat terkini.
JUMLAH BAYARAN STR FASA 3 MENGIKUT KATEGORI
Jumlah bantuan yang akan diterima bergantung kepada kategori penerima dan bilangan anak. Berikut adalah anggaran jumlah bayaran yang diterima berdasarkan kategori penerima STR Fasa 3:
Kategori Penerima | Bilangan Anak | Jumlah Bayaran (RM) |
Isi Rumah (Pendapatan ≤ RM2,500) | Tiada 1–2 3–4 5 ke atas | 150 350 500 650 |
Isi Rumah (Pendapatan RM2,501–RM5,000) | Tiada 1–2 3–4 5 ke atas | 100 200 250 300 |
Warga Emas Tiada Pasangan | – | 150 |
Bujang (21–59 tahun) | – | 50-150 |
Nota: Jumlah bayaran ini adalah anggaran dan tertakluk kepada perubahan semasa serta syarat kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan.
CARA SEMAKAN ONLINE STR FASA 3
Untuk menyemak status STR Fasa 3 anda, ikuti langkah-langkah mudah di bawah:
- Layari Portal Rasmi STR: Kunjungi https://bantuantunai.hasil.gov.my.
- Log Masuk ke Akaun Anda: Klik pada menu Log Masuk MySTR dan masukkan nombor MyKad serta kata laluan anda.
- Pengesahan Keselamatan: Selesaikan pengesahan kata kunci keselamatan untuk mengakses maklumat anda.
- Semak Status: Pilih menu Semakan Status untuk melihat status permohonan, maklumat pembayaran, dan jumlah yang anda akan terima.
- Periksa Maklumat Pembayaran: Pastikan maklumat pembayaran Fasa 1 dan Fasa 3 anda dipaparkan dengan jelas.
Nota: Jika anda terlupa kata laluan, klik pautan Terlupa Kata Laluan dan ikuti arahan untuk menetapkan semula kata laluan anda.
CARA PEMBAYARAN STR FASA 3
STR Fasa 3 akan disalurkan melalui dua kaedah utama:
- Kredit ke Akaun Bank : Bagi penerima yang mempunyai akaun bank yang berdaftar dengan LHDNM. Pembayaran akan dipindahkan terus ke akaun bank penerima.
- Tunai di Kaunter BSN : Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, bayaran akan disalurkan secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Pastikan anda membawa MyKad yang sah untuk pengesahan.
MAKLUMAT LANJUT
Hubungi talian bantuan LHDN untuk pertanyaan:
Berikut adalah nombor yang boleh dihubungi:
Hotline LHDN: 03-8911 1000 (di dalam Malaysia) atau +603-8911 1000 (di luar negara).
Aduan dan Pertanyaan: 1-800-88-5436 (untuk pertanyaan umum).
Talian LHDN: 1-800-88-2747
Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi – 5.00 petang.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf
STR FASA 3 2025 TARIKH BAYARAN DIUMUMKAN!