BANTUAN LAPTOP B40 2024 : MOHON SEKARANG

BANTUAN LAPTOP B40 2024 : MOHON SEKARANG

Komputer riba (laptop) adalah menjadi satu keperluan terutamanya bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Justeru, Kerajaan telah bersetuju untuk memberi peruntukan Bantuan Laptop percuma kepada B40 yang memerlukan.

Bagaimanakah cara mohon bantuan laptop b40? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN MYSTR FASA 1 : CHECK SEKARANG

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN LAPTOP B40

Pemberian Bantuan Laptop B40 adalah terhad kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Beragama Islam;
  • Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan (sekurang-kurangnya setahun);
  • Melanjutkan pengajian pada peringkat Diploma atau Ijazah;
  • Pengajian sepenuh masa sahaja;
  • Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta di Dalam Negara atau Luar Negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia;
  • Bidang atau kursus yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia serta tidak bertentangan dengan Hukum Syarak; dan
  • Pelajar Yang Sedang Mengikuti Pengajian pada TAHUN PERTAMA SAHAJA dengan mengemukakan Surat Pengesahan pengajian dari pihak universiti.

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Berikut merupakan dokumen sokongan diperlukan untuk memohon Bantuan Laptop B40 :

  • Satu keping gambar berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan);
  • Satu salinan kad pengenalan pemohon, suami , isteri dan tanggungan / surat pengangkatan JPN / akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja);
  • Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO / surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri / surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung (WP Labuan sahaja) (Tempoh sah laku : 3 bulan);
  • Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.; Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri.;
  • Satu salinan kad memeluk Islam.; Satu salinan kad orang kelainan upaya (OKU) pemohon / tanggungan.;
  • Surat pengesahan sakit kronik pemohon dan tanggungan dari hospital kerajaan sahaja.; Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar bagi tanggungan lain yang sedang belajar di IPT.;
  • Satu salinan cukai pintu / bil utiliti yang terkini. (Tempoh sah laku : 3 bulan);
  • Satu salinan surat tawaran kemasukan pelajar ke IPT (IPT Dalam Negara) /Surat pengesahan dari mana-mana agensi berautoriti yang boleh mengesahkan status pendaftaran di Luar Negara (IPT Luar Negara);
  • Satu surat pengesahan pengajian IPT (ASAL/ ORIGINAL) dan perlu nyatakan tempoh mula dan jangkaan tamat pengajian dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar /Jabatan Penuntut Malaysia/ Fakulti Pengajian. (Tempoh sah laku : 4 bulan);
  • Satu salinan surat pengiktirafan pengajian Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)/
  • Jabatan Perkhidmatan Awam /Lembaga Akreditasi Negara / Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dari Jabatan Akademik Pelajar (bagi semua IPTS dan IPTA yang mengiktiraf kursus profesional dan eksekutif sahaja).*

Nota : Yang bertanda (*) adalah jika berkenaan.

CARA MEMOHON BANTUAN LAPTOP B40 2024

Ikuti cara memohon Bantuan Laptop percuma seperti berikut :

  • Permohonan boleh dibuat mulai 15 Disember 2023 (Jumaat) dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui laman web www.maiwp.gov.my atau boleh mendapatkan terus di pejabat yang beralamat seperti berikut :
    • Kaunter Agihan Zakat, Aras 3, Bangunan Daruzzakah, No. 55, Jalan Haji Hussein 2, 50300 Kuala Lumpur:
    • Semua Pusat Agihan Zakat (PAZA);
    • MAIWP Cawangan WP Putrajaya;
    • MAIWP Cawangan WP Labuan.
  • Atau muat turun di sini :
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke kaunter agihan zakat MAIWP di ibu pejabat MAIWP Kuala Lumpur/ Putrajaya/ Labuan atau di mana-mana cawangan Pusat Agihan Zakat (PAZA) di Wilayah Persekutuan.

Nota : Tarikh tutup permohonan adalah dilanjutkan sehingga 31 Januari 2024 (Isnin). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Talian : 03-26399000 sambungan 20407 / 20408 / 20413 / 20415 / 20410 (Unit Pendidikan, Bahagian Agihan Zakat).

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/download/category/99-tawaran-bantuan-komputer-riba-kepada-mahasiswa-bagi-tahun-2024#

1 thought on “BANTUAN LAPTOP B40 2024 : MOHON SEKARANG”

Leave a Comment