BANTUAN LAPTOP YAYASAN SARAWAK : MOHON & SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
Yayasan Sarawak telah menawarkan pelbagai bantuan pendidikan seperti biasiswa, pinjaman pelajaran dan sebagainya termasuk Bantuan Laptop yang khas untuk pelajar yang kurang kemampuan dan memerlukan Laptop (Komputer riba) untuk belajar.
Bagaimanakah mohon & semak kelayakan bantuan laptop? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BERITA BAYARAN BANTUAN STR FASA 4 : SEMAK STATUS SEKARANG
PENGENALAN BANTUAN LAPTOP YAYASAN SARAWAK
Inisiatif Bantuan Laptop ini diperkenalkan oleh Yayasan Sarawak untuk membantu pelajar yang kurang kemampuan khususnya anak kelahiran Sarawak yang belajar di mana-mana institusi pendidikan awam atau swasta di seluruh negara.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN LAPTOP
Berikut merupakan syarat kelayakan penerima Bantuan Laptop oleh Yayasan Sarawak :
- Warganegara Malaysia; atau
- Lahir di Sarawak;
- Merupakan pelajar tahun pertama Diploma atau Ijazah di IPTA / IPTS;
- Pendapatan isi rumah keluarga pemohon bawah RM1,500 sebulan.
TARIKH MOHON BANTUAN LAPTOP
Untuk memohon Bantuan Laptop, permohonan boleh dilakukan sebelum tarikh tutup iaitu bermula pada 20 September 2024 sehingga 30 Oktober 2024 sahaja.
TARIKH PERMOHONAN DIBUKA | TARIKH PERMOHONAN DITUTUP |
---|---|
20/09/2024 (Jumaat) | 30/10/2024 (Rabu) |
CARA MOHON BANTUAN LAPTOP
Ikuti cara memohon Bantuan Laptop seperti berikut :
- Sila layari laman web rasmi : https://myys.yayasansarawak.org.my/.
- Daftarkan ID Sarawak.
- Isikan makluman yang diperlukan.
- Klik butang [Apply Here] pada bahagian Free Laptop 2024.
- Muat turun surat pengesahan dan dapatkan tandatangan daripada institusi pendidikan pemohon.
- Setelah mendapatkan tandatangan, muat naik surat pengesahan tersebut.
- Lengkapkan permohonan dan klik butang [Submit].
- Selesai.
SEMAK STATUS BANTUAN LAPTOP
Untuk mengetahui status permohonan, ikuti cara semakan seperti berikut :
- Sila klik pada pautan laman rasmi di sini : https://myys.yayasansarawak.org.my/.
- Kemudian, klik pada butang [Login].
- Masukkan nombor IDSarawak.
- Klik butang [Next].
- Masukkan kata laluan dengan betul.
- Status permohonan akan dipaparkan.
- Jika permohonan lulus, muat turun aplikasi Yayasan Customer dan kemaskini alamat penghantaran.
- Selesai.
*Nota : Laptop akan dihantar 8-10 minggu selepas kelulusan.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi My-Yayasan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : 6082441686
- Alamat Emel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://myys.yayasansarawak.org.my/.