BERITA BAYARAN BANTUAN STR FASA 4 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG
Implikasi kewangan bagi bayaran Bantuan STR Fasa keempat (4) adalah melibatkan peruntukan sebanyak RM1.7 billion khas untuk penerima sedia ada dan juga penerima baharu merangkumi semua kategori dewasa iaitu bujang, isi rumah dan juga warga emas.
Bagaimanakah semak status bayaran bantuan str fasa 4 2024? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CARA MEMOHON BANTUAN DALAM MYKAD RM1200 : MOHON & SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
BERITA BAYARAN BANTUAN STR FASA 4 2024
Seramai hampir 60 peratus (%) rakyat yang merupakan penerima sedia ada dan penerima baharu menantikan berita gembira berkaitan bayaran Bantuan STR fasa keempat (4) dan telahpun diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim.
Pengumuman itu dibuat pada Persidangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat baru-baru ini yang merupakan persidangan yang ketiga (3) sejak Dato’ Seri Anwar menjadi perdana menteri Malaysia
TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 4 2024
Bayaran Bantuan STR untuk fasa keempat (4) akan bermula pada 7 November 2024 (Khamis) dan secara berperingkat selama tiga (3) hingga ke lima (5) hari tertakluk kepada pengkreditan setiap bank penerima yang didaftarkan.
*Tarikh pengkreditan untuk setiap bank akan dimaklumkan secara rasmi nanti.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR FASA 4 2024
Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan STR fasa keempat (4) kepada penerima sedia ada :
- Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BAYARAN STR FASA 4 2024 |
---|---|
Bujang Berumur 21 hingga 59 tahun | RM100 |
Bujang Berumur 60 tahun dan keatas | RM150 |
- Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH BAYARAN STR FASA 4 2024 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah | 0 anak : RM200. 1-2 anak : RM350. 3-4 anak : RM500. 5 ke atas : RM650. |
Isi Rumah Pendapatan RM5,000 ke bawah | 0 anak : RM150. 1-2 anak : RM200. 3-4 anak : RM250. 5 ke atas : RM300. |
SEMAK STATUS BAYARAN BANTUAN STR FASA 4 2024
Untuk mengetahui status bayaran Bantuan STR fasa empat (4), ikuti cara semakan di bawah :
- Sila layari laman rasmi semakan status STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama STR akan dipaparkan.
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan [No MyKad] tanpa tanda sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran fasa empat (4) akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PEMBAYARAN%20STR%202024.pdf.