BANTUAN MYKAD MADANI RM900 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN

BANTUAN MYKAD MADANI RM900 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN

Kerajaan MADANI telah bersetuju untuk meneruskan lagi inisiatif Bantuan tunai yang dikreditkan ke dalam MyKad (kad pengenalan). Selain itu juga, jumlah penerima telah meningkat sehingga 5.4 juta berbanding sebelum ini hanya disalurkan kepada 0.7 juta sahaja.

Bagaimanakah semak status kelayakan bantuan mykad madani rm900? Ikuti panduan semakan dan ketahui info lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN STR 2025 SEMAKAN STATUS : CHECK PENERIMA BAYARAN FASA 1

TARIKH KREDIT BANTUAN MYKAD MADANI RM900 2025

Pengkreditan Bantuan MyKad MADANI yang berjumlah RM900 adalah secara ansur mengikut tarikh seperti berikut :

BIL.TARIKH KREDIT
BANTUAN MYKAD
2025
JUMLAH
DIKREDITKAN
1.April 2025RM100
2.Mei 2025RM100
3.Jun 2025RM100
4.Julai 2025RM100
5.Ogos 2025RM100
6.September 2025RM100
7.Oktober 2025RM100
8.November 2025RM100
9.Disember 2025RM100

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD MADANI 2025

Antara syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan MyKad MADANI adalah :

  • Warganegara Malaysia; serta
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025 kategori Isi Rumah dan warga emas.

JUMLAH PENERIMA BANTUAN MYKAD MADANI 2025

Berikut merupakan jumlah penerima yang layak menerima Bantuan MyKad MADANI pada tahun 2025 :

KELAYAKAN PENERIMAJUMLAH PENERIMA
Penerima Sedia Ada0.7 juta penerima
Penerima Baharu4.7 juta penerima
= 5.4 juta penerima

SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN MYKAD MADANI 2025

Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKad MADANI, ikuti cara semakan status di bawah :

  1. Sila layari laman rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  4. Klik butang [Log Masuk].
  5. Seterusnya, klik [Semak].
  6. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  7. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  8. Masukkan kata laluan yang betul.
  9. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  10. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
  12. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2025/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.

1 thought on “BANTUAN MYKAD MADANI RM900 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN”

Leave a Comment