SEMAKAN BANTUAN SARA ONE OFF RM300 2024 : CHECK PENERIMA SEKARANG
Bermula pada 9 Disember 204 (Isnin) ini, Bantuan SARA akan dikreditkan sebanyak RM300 secara one-off (sekaligus) khususnya kepada rakyat Malaysia yang melepasi syarat serta kriteria kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan.
Bagaimanakah semakan bantuan sara one off rm300? Ketahui info lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN MYKAD MADANI RM900 : SEMAK STATUS KELAYAKAN
SEMAKAN BANTUAN SARA ONE OFF RM300 2024
Bagi yang belum mengetahui status sebagai penerima Bantuan SARA secara one-off, ikuti cara semakan seperti berikut :
- Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini [Portal Semakan SARA ONE OFF 2024].
- Halaman utama portal akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
- Selesai.
JADUAL BAYARAN BANTUAN SARA ONE OFF RM300 2024
Berikut merupakan jadual bayaran Bantuan SARA secara one-off sebanyak RM300 :
JENIS BAYARAN | TARIKH |
---|---|
Diberikan secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional | 9 Disember 2024 (Isnin) |
Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima | Bermula 9 Disember 2024 (Isnin) secara berperingkat |
KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF RM300 2024
Hanya penerima yang menepati kriteria kelayakan berikut yang layak menerima Bantuan SARA secara one-ff sebanyak RM300 :
- Warganegara Malaysia;
- Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
- Berstatus isi rumah berpendapatan bawah RM5,000; dan
- Tiada dalam rekod pengkalan Data Kemiskinan Nasional e-Kasih.
KADAR IMPLIKASI BANTUAN SARA ONE OFF RM300 2024
Pembayaran Bantuan SARA secara one-off bernilai RM300 akan melibatkan kadar implikasi seperti berikut :
JUMLAH BANTUAN | BILANGAN PENERIMA | KADAR IMPLIKASI |
---|---|---|
RM300 | 3.5 juta penerima | RM1.0 billion |
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.