BANTUAN MYKAD RM100 FEBRUARI 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN MYKAD RM100 FEBRUARI 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKad Madani 2025 adalah inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat berpendapatan rendah memenuhi keperluan asas. Melalui program ini, bantuan disalurkan secara terus ke MyKad penerima, membolehkan mereka membeli barangan keperluan di kedai yang berdaftar. Berikut adalah panduan lengkap untuk memahami cara cek status kelayakan, tarikh bayaran, dan info penting lain berkaitan bantuan mykad RM100 Februari 2025.

Baca Juga : CARA DAFTAR eKASIH 2025

APA ITU BANTUAN MYKAD RM100 FEBRUARI 2025?

Bantuan Mykad Rm100 Februari ialah sebahagian daripada program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang bertujuan mengurangkan beban kewangan golongan B40 dan M40.

  • Bantuan ini disasarkan kepada : Isi Rumah dengan pendapatan RM5,000 ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan berusia 60 tahun ke atas.
  • Golongan Bujang dengan pendapatan rendah.

JUMLAH BANTUAN SARA MYKAD MADANI

  • Isi Rumah : RM100 setiap bulan selama 9 bulan (jumlah RM900).
  • Warga Emas Tiada Pasangan : RM50 setiap bulan selama 9 bulan (jumlah RM450).
  • Golongan Bujang : RM50 setiap bulan selama 12 bulan (jumlah RM600).

TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKAD MADANI 2025

Bayaran SARA MyKad Madani 2025 dibuat mengikut kategori penerima. Berikut adalah jadual pembayaran terkini :

  • Penerima Miskin & Miskin Tegar eKasih : Bayaran bermula Januari 2025.
  • Penerima STR 2025 (bukan eKasih) : Bayaran bermula April 2025.Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun MyKad penerima setiap bulan dan boleh digunakan di pasar raya atau kedai yang berdaftar.

CARA SEMAK STATUS SARA MYKAD MADANI

Anda boleh menyemak status kelayakan bantuan ini melalui dua kaedah mudah :

Portal MyKasih

  • Layari portal rasmi : https://mykasih.com.my/
  • Klik “Semak Status”.
  • Masukkan nombor MyKad 12 digit.
  • Lengkapkan kod Captcha dan klik “Semak Status”.

Portal STR

KELEBIHAN SARA MYKAD MADANI

  • Bantuan Bulanan : Bayaran konsisten untuk memenuhi keperluan asas.
  • Penggunaan Mudah : Wang bantuan disalurkan ke MyKad dan boleh digunakan seperti kad debit.
  • Sokongan Keluarga : Membantu isi rumah dan individu mengurangkan kos sara hidup.

SOALAN LAZIM (FAQ)

  1. Bagaimana cara menggunakan MyKad untuk SARA?
    • MyKad anda boleh digunakan di kedai dan pasar raya berdaftar seperti Mydin, Lotus’s, dan Giant.
  2. Apakah dokumen diperlukan untuk semakan?
    • Anda hanya perlu menggunakan nombor MyKad untuk menyemak kelayakan.
  3. Bagaimana jika nama saya tiada dalam senarai kelayakan?
    • Hubungi pihak MyKasih di talian (603) 7720 1800 untuk maklumat lanjut.

INFO

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

2 thoughts on “BANTUAN MYKAD RM100 FEBRUARI 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK”

  1. SAYA DAH PERGI KE BANK BSN UNTUK CHECK WANG TETAPI PEGAWAI BANK KATA MY CARD SAYA TAK ADA WANG
    😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭

    Reply

Leave a Comment