BANTUAN MYSARA 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

BANTUAN MYSARA 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

MySara adalah Sumbangan Asas Rahmah yang disalurkan di bawah Yayasan MyKasih untuk golongan miskin dan miskin tegar terdiri daripada kategori Isi Rumah, Bujang serta Warga Emas yang diambil data daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Bagaimanakah semak status bantuan mysara? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN 100 SEBULAN : SEMAK STATUS PENERIMA SEKARANG

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN MYSARA

Bantuan MySara disalurkan secara tanpa tunai (cashless) ke dalam MyKad (penerima yang beralamat di Semenanjung Malaysia) khas untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai-kedai atau pasaraya yang berdaftar seluruh Malaysia dan pembayaran hanya menggunakan MyKad sahaja.

SENARAI BANTUAN MYSARA

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu :

  • Beras
  • Roti
  • Telur
  • Minyak masak
  • Tepung
  • Biskut
  • Mi segera
  • Minuman
  • Makanan dalam tin
  • Bahan perasa
  • Produk kebersihan
  • Ubat-ubatan
  • Barangan persekolahan.

NOTA : Barangan keperluan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima.

SENARAI KEDAI TERPILIH MYSARA

MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk :

  • Mydin
  • Giant
  • Econsave
  • The Store
  • Pacific
  • Milimewa
  • 99 Speedmart
  • Lotus Stores (Tesco)
  • Pasar raya dan pasar mini bebas.

Senarai pasar raya dan kedai runcit terdekat boleh disemak melalui pautan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list.

NILAI BANTUAN MYSARA 2024

Pemberian bantuan MySara adalah berbeza mengikut kategori seperti berikut :

KATEGORINILAI BANTUAN
Miskin TegarIsi Rumah : RM100 setiap bulan selama 12 bulan.
Warga Emas : RM100 setiap bulan selama 12 bulan.
Bujang : RM50 setiap bulan selama 12 bulan.
Miskin eKasihIsi Rumah : RM100 setiap bulan selama 12 bulan.
Warga Emas : RM100 setiap bulan selama 12 bulan.
Bujang : RM50 setiap bulan selama 12 bulan.
Asas Bukan Miskin /
Miskin Tegar
Akan diberitahu dalam masa terdekat.

BANTUAN MYSARA 2024

Ikuti cara semakan status bantuan MySara seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halama utama Portal Mykasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Bantuan SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

4 thoughts on “BANTUAN MYSARA 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG”

Leave a Comment