BANTUAN MYSARA RM1050 FASA 3 2024 : CHECK NAMA PENERIMA SEKARANG

BANTUAN MYSARA RM1050 FASA 3 2024 : CHECK NAMA PENERIMA SEKARANG

Terdapat lebih 40 peratus (%) rakyat dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak yang berpendapatan rendah di bawah garis kemiskinan bandar. Oleh itu, demi membantu meringankan bebanan kewangan yang dihadapi, kerajaan bersetuju untuk meneruskan program bantuan MySara untuk fasa 3.

Bagaimanakah check nama penerima bantuan mysara rm1050 fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN MYSTR RM150 FASA 3 : SEMAK SEKARANG

TEMPOH PENERIMAAN BANTUAN MYSARA 2024

Penerimaan bantuan MySara untuk setiap negeri adalah melalui tempoh yang berlainan seperti berikut :

  • Semenanjung Malaysia :
    • Disalurkan setiap bulan selama tempoh 12 bulan.
  • Sabah dan Sarawak :
    • Disalurkan dua (2) kali selama tempoh 12 bulan.

AMAUN BANTUAN MYSARA UNTUK SETIAP PENERIMA FASA 3 2024

Bantuan MySara fasa 3 akan disalurkan mengikut amaun seperti berikut :

  • Penerima Semenanjung Malaysia :
    • Isi Rumah : RM100 setiap bulan;
    • Bujang : RM50 setiap bulan.
  • Penerima Sabah dan Sarawak :
    • Isi Rumah : RM600 sekali;
    • Bujang : RM300 sekali.

CARA PENYALURAN BANTUAN MYSARA FASA 3 2024

Penyaluran bantuan MySara untuk setiap penerima juga berlainan mengikut negeri seperti berikut :

  • Cara Penyaluran kepada penerima Semenanjung Malaysia :
    • Disalurkan secara tanpa tunai ke dalam kad pengenalan penerima untuk membeli barangan keperluan asas setiap bulan.
  • Cara Penyaluran kepada penerima Sabah dan Sarawak :
    • Diberikans secara tunai kepada penerima mengikut akaun bank yang didaftarkan.

CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN MYSARA RM1050 FASA 3 2024

Ikuti cara check nama penerima bantuan MySara fasa tiga (3) seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi MySara di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, klik butang [SEMAK].
  3. Anda akan dibawa ke halaman ‘Semakan’ yang seterusnya.
  4. Kemudian, isikan ruangan yang disedikan dengan ‘Nombor Kad Pengenalan’.
  5. Klik pula pada butang [Semakan Status].
  6. Status nama penerima fasa 3 akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

1 thought on “BANTUAN MYSARA RM1050 FASA 3 2024 : CHECK NAMA PENERIMA SEKARANG”

Leave a Comment