CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN MYSTR RM150 FASA 3 2024 : SEMAK SEKARANG
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR) sahaja mungkin tidak mengcukupi untuk golongan yang berpendapatan rendah. Justeru itu, kerajaan telah menambah nilai bantuan kepada penerima MySTR yang layak bagi fasa ke tiga (3).
Bagaimanakah check nama penerima bantuan tambahan mystr rm150 fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN MYKAD RM900 FASA 3 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG
BILANGAN PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN MYSTR RM150 FASA 3 2024
Pemberian bantuan tambahan MySTR adalah terhad mengikut bilangan seperti berikut :
BILANGAN PENERIMA BANTUAN MYSTR 2024 | BILANGAN PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN MYSTR 2024 |
---|---|
7.7 juta (Isi Rumah, Warga Emas & Bujang) | 0.7 juta (Isi Rumah, Warga Emas & Bujang) |
JUMLAH AMAUN BANTUAN TAMBAHAN MYSTR FASA 3 2024
Amaun bantuan tambahan MySTR akan diberikan mengikut kelayakan penerima seperti berikut :
KATEGORI KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH AMAUN BANTUAN |
---|---|
Isi Rumah | RM100 |
Warga Emas | RM100 |
Bujang | RM50 |
TARIKH PENERIMAAN BANTUAN TAMBAHAN MYSTR RM150 FASA 3 2024
Penerimaan bantuan tambahan MySTR bagi fasa yang ketiga (3) adalah mengikut tarikh berikut :
JENIS BANTUAN | TARIKH PENERIMAAN |
---|---|
Bantuan MySTR | ** Ogos 2024 |
Bantuan Tambahan MySTR | 1 Ogos 2024 & 12 Ogos 2024 |
CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN MYSTR RM150 FASA 3 2024
Ikuti cara check nama penerima bantuan tambahan MySTR fasa tiga (3) yang layak seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor Mykad pemohon pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran tambahan fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf.