BANTUAN MYSARA RM300 2024 (ONE OFF)
Dalam memperkasakan lagi bantuan kepada rakyat Malaysia terutamanya keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana, Kerajaan akan menyalurkan Bantuan MySARA berjumlah RM300 secara sekaligus (one-off) pada bulan Disember ini bagi meringankan beban kewangan.
Apa itu Bantuan Mysara RM300 dan bagaimanakah cara semak status?
BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN SKAS SARAWAK : DAFTAR & REGISTER ONLINE
APA ITU BANTUAN MYSARA 2024
Secara umumnya, Bantuan MySARA adalah merupakan bantuan wang tambahan yang disalurkan bagi membantu meringankan bebanan kos sara hidup yang dihadapi oleh keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana.
JENIS PENYALURAN BANTUAN MYSARA 2024
Terdapat tiga (3) jenis penyaluran Bantuan MySARA, iaitu :
- Disalurkan secara ansur setiap bulan (Januari hingga Disember 2024);
- Disalurkan secara ansur dua kali setahun (Februari dan September 2024);
- Disalurkan secara one-off (sekaligus) (Disember 2024).
TARIKH PENYALURAN BANTUAN MYSARA 2024 (ONE OFF)
Penyaluran Bantuan MySARA secara one-off (sekaligus) adalah pada tarikh yang ditetapkan seperti berikut :
- Penerimaan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) :
- 9 Disember 2024, Isnin.
- Penerimaan secara pengkreditan ke dalam akaun bank penerima :
- Secara berperingkat bermula 9 Disember 2024, Isnin.
KADAR KELAYAKAN BANTUAN MYSARA 2024
Bantuan MySARA akan disalurkan dengan kadar mengikut kelayakan seperti berikut :
- Ketua Isi Rumah : RM300;
- Ahli Isi Rumah : RM150.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYSARA RM300 2024
Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan MySARA yang berjumlah RM300, ikuti cara semakan status di bawah :
- Sila klik pada pautan rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama akan dipaparkan.
- Masukkan nombor Mykad pada ruangan tanpa sengkang (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan MySARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan MySARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.