PERMOHONAN BANTUAN SKAS SARAWAK 2025 : DAFTAR & REGISTER ONLINE

PERMOHONAN BANTUAN SKAS SARAWAK 2025 : DAFTAR & REGISTER ONLINE

Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahmah Zohari Tun Datuk Abang Openg dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak baru-baru ini telah membentangkan belanjawan khusus untuk Negeri Sarawak yang bakal dilaksanakan pada tahun 2025.

Bagaimanakah permohonan bantuan skas Sarawak? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : CARA MEMOHON BANTUAN MYKAD MADANI RM1200 : MOHON ONLINE SEKARANG

APA ITU BANTUAN SKAS SARAWAK 2025

Bantuan SKAS atau rasminya Sumbangan Keperluan Asas Sarawak adalah merupakan bantuan yang akan diberikan untuk pembelian bahan makanan asas seperti beras, tepung, minyak masak, serta keperluan asas lain bagi membantu meringankan bebanan kewangan untuk kelangsungan hidup rakyat di Negeri Sarawak.

JUMLAH BANTUAN SKAS SARAWAK 2025

Kerajaan Negeri Sarawak akan memperuntukan sebanyak RM450 juta untuk disalurkan sepanjang tahun 2025 kepada lebih 850,000 rakyat yang menetap di Sarawak serta memenuhi kelayakan yang ditetapkan akan menerima antara RM250 sehingga RM800 setahun (mengikut kelayakan setiap penerima).

  • Kategori Penerima :
    • Isi Rumah : RM800.
    • Warga Emas : RM400.
    • Bujang : RM250.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SKAS SARAWAK 2025

Hanya penerima yang layak membuat permohonan Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) adalah merupakan warga Sarawak yang menetap di Sarawak.

Berikut adalah kelayakan Bantuan SKAS :

  • Isi Rumah :
    • Pendapatan RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas :
    • Tiada pasangan / Balu / Ibu bapa tunggal (tiada tanggungan);
    • Pendapatan RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang :
    • Pendapatan bujang bawah RM2,500 sebulan.

JADUAL BAYARAN BANTUAN SKAS SARAWAK 2025

Sebarang jadual untuk bayaran Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) masih belum diumumkan. Namun, pihak kami akan kemaskini kembali sekiranya jadual telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak secara rasmi.

PERMOHONAN BANTUAN SKAS SARAWAK 2025

Portal untuk permohonan Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) masih belum dibuka secara rasmi. Sekiranya permohonan telah dibuka pada tahun 2025, pihak kami akan maklumkan panduan berkenaan cara permohonan yang mudah serta ringkas.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SKAS SARAWAK. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://sarawak.gov.my/.

6 thoughts on “PERMOHONAN BANTUAN SKAS SARAWAK 2025 : DAFTAR & REGISTER ONLINE”

  1. Assalammualaikum..nak tanya ,nak buat permohonan sumbangan kerajaan asas Sarawak(skas)mohon jelas secara terperinci…sebab saya belum pernah mohon untuk skas pun..penting untuk saya mohon skas ,saya sebagai rakyat sah orang sarawak

    Reply

Leave a Comment