BANTUAN RM100 2024 : SEMAK STATUS PENERIMA SEKARANG
Perbelanjaan bulanan rakyat mungkin melebihi kadar kemampuan oleh kerana peningkatan kos sara hidup. Sejajar dengan itu, Kerajaan memperuntukan bantuan untuk menampung kos perbelanjaan bulanan rakyat yang kurang kemampuan.
Bagaimanakah semak status bantuan rm100? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN MYKAD RM100 JUN : SEMAK STATUS SEKARANG
APA ITU BANTUAN RM100
Bantuan RM100 adalah rasminya Sumbangan Asas Rahmah yang merupakan bantuan yang disalurkan secara elaun bulanan khas untuk digunakan membeli barangan keperluan asas dapur setiap bulan serta beberapa produk kesihatan dan barangan sekolah.
KAEDAH BAYARAN BANTUAN RM100
Setelah diluluskan, bantuan yang bernilai RM100 akan dibayar kepada penerima setiap bulan melalui pengkreditan tanpa tunai mengikut akaun kad pengenalan yang didaftarkan dan penerima boleh menggunakan bantuan ini di mana-mana 600 kedai terpilih seluruh Malaysia.
JADUAL BAYARAN BANTUAN RM100
Pembayaran bantuan RM100 adalah mengikut jadual seperti berikut :
TARIKH BAYARAN | JUMLAH |
---|---|
Setiap 1 hari bulan : Januari 2024 Februari 2024 Mac 2024 April 2024 Mei 2024 Jun 2024 Julai 2024 Ogos 2024 September 2024 Oktober 2024 November 2024 Disember 2024 | RM100 setiap bulan (RM1,200 setahun) |
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN RM100 2024
Ikuti cara semakan status penerima yang layak seperti berikut :
- Sila klik pada laman Semakan Status Di Sini.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.